Ahli Amanah terus dokong slogan Rahmatan Lil Alamin untuk masa depan parti

Seminggu masa yang telah dipersetujui bersama oleh PH PLUS untuk memuktamadkan hasil perbincangan sedikit sebanyak telah melebarkan perdebatan di kalangan ahli-ahli di bawah. Wujud prasangka berlebihan sehingga tercetusnya serangan di kalangan ahli parti terbabit. Dan yang paling ketara bila wujudnya serangan di kalangan ahli parti yang sama akibat kecenderungan berlebihan kepada dua tokoh yang sedang cuba diputuskan sebelum selasa ini.

Saya menghormati pandangan di kalangan kita yang ada kecenderungan masing2 dengan hujah masing2 dan dalam masa yang sama saya tidak boleh samasekali mempersetujui sebarang bentuk cercaan dan kata nista sesama ahli yang boleh menjadi barah kepada parti.

Sebagai salah seorang pimpinan AMANAH Negeri dan Kawasan, akhirnya saya memohon apa jua keputusan yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan AMANAH Nasional bersama PH PLUS adalah keputusan kita bersama tanpa sebarang pertikaian samada ianya memihak kepada pilihan kita ataupun tidak. Itulah semangat berorganisasi. Memegang kata pendita, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Masa depan parti kita menjadi tanggungjawab kita. Kitalah yang akan berfikir, mengatur, dan menggerakkan mengikut acuan kita. Slogan Rahmatan Lil’alamin adalah pegangan parti AMANAH yang kita dokong bersama.

Pimpinan atasan AMANAH kita sedang melakukan yang terbaik. Perbincangan dan perundingan masih berlangsung dalam suasana mesra penuh hikmah dan jauh ke hadapan.

Kepada Allah kita berserah.

Hj Rushdan Mustafa
Naib Pengerusi AMANAH Kelantan/Ketua AMANAH Kws Pasir Mas.

14 Jun 2020/Ahad
Kuala Lumpur.

Sumber :