Ah Long tawar kerja simbah cat merah, “lepas simbah hutang settle”

Ah Long tawar kerja simbah cat merah, “lepas simbah hutang settle”.Sebanyak 644 kes dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long bermula Januari hingga September lalu.

Malah, terbaharu, pihak polis mengesan aktiviti penawaran kerja oleh sindiket tersebut kepada peminjam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, ia melibatkan dua kes berbeza di Sabah apabila individu yang pinjaman tidak diluluskan ah long akan ditawarkan untuk bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan.

“Mereka akan diberikan upah atas kerja yang dilakukan.

Ah Long

“Selain itu, peminjam yang gagal melunaskan pembayaran, mereka akan diminta bekerja dengan sindiket serta jumlah hutang ditolak berdasarkan kerja diselesaikan.

“Pihak polis ingin mengingatkan bahawa tindakan bersekongkol dengan sindiket Ah Long sama ada secara rela hati atau paksaan untuk melakukan gangguan atau khianat boleh disiasat.

“Sebagai pencegahan, orang ramai adalah dinasihat agar tidak sesekali membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman tidak berlesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Kamaruddin, orang ramai juga adalah diingatkan untuk tidak terlibat sebagai pekerja atau membantu Ah Long untuk membuat gangguan atau khianat walaupun secara paksaan kerana ia satu kesalahan jenayah

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/10/peminjam-ah-long-ditawar-kerja-simbah-cat-demi-bayar-hutang/

BACA: PRN Melaka : Pemimpin Pas pertikai pendirian Zahid bertanding sendirian

COMMENTS

Wordpress (0)