Agong main dram di hari merdeka curi tumpuan ramai

Agong main dram di hari merdeka curi tumpuan ramai

Agong main dram di hari merdeka curi tumpuan ramai. Aksi bersahaja Yang di-Pertuan Agong menggerakkan tangan seakan-akan bermain dram manakala, Raja Permaisuri Agong menunjukkan isyarat jari ‘love’ antara gelagat mencuit hati Seri Paduka Baginda berdua pada Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini.

Menerusi tayangan langsung acara tersebut pada televisyen dan YouTube Radio Televisyen Malaysia (RTM), Seri Paduka Baginda berdua mempamerkan perasaan gembira dan ceria sepanjang sambutan itu.

Sewaktu pergerakan masuk satu daripada pancaragam yang menyertai perarakan, kelihatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggerakkan tangan seperti bermain dram mengikuti rentak muzik dimainkan oleh peserta tersebut.

Baginda juga dapat dilihat dengan bersahaja mengikuti rentak sewaktu persembahan Colour Guard daripada pelajar sekolah selain menunjukkan isyarat ‘bagus’ kepada peserta perbarisan dan perarakan.

Dalam masa sama, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula memberikan isyarat jari ‘love’ yang sering digunakan orang ramai terutama generasi muda ketika bergambar.

Agong main dram di hari merdeka curi tumpuan ramai

Baginda menunjukkan isyarat tersebut kepada peserta perbarisan dan perarakan selain beberapa kali dilihat menggunakan telefon bimbit mengambil gambar atau video.

Sementara itu, sebelum berangkat pulang daripada acara tersebut, Al-Sultan Abdullah pula sempat menunjukkan isyarat jari ‘love’ kepada rakyat Malaysia yang hadir pada acara tersebut.

BACA:

Ramai teruja tengok wajah terkini pasangan hiasi iklan merdeka, “dah besar cantik dah”

“Lepas ni tak nak dah”, Ayda Jebat akhirnya buat keputusan mengejutkan ini

UM nafi curi penyelidikan pelajar, dakwa calon PHD tu gagal tamatkan pengajian

CATEGORIES