Apabila kerajaan PN melucut dan menamatkan para lantikan politik timbullah kemarahan dan rasa kecewa di pihak yang kena pecat, pembangkang. Tidak perlulah marah, terima itulah sebagai hukum wajib demokrasi dan cara berpolitik di Malaysia.
Hal sama juga berlaku semasa kerajaan PH dahulu. Mana-mana penjawat yang pro kerajaan lama dan dilantik atas kuasa politik dipecat dan digantikan dengan muka baru atau mereka yang pro kepada kerajaan PH.
Perkara itu sudah lumrah. Cuma mungkin sedikit berbeza lantikan politik semasa kerajaan PH tidak menyeluruh dan mereka dilantik pula kadang-kadang entah dicepuk daripada mana.
Lantikan mereka di luar radar parti itu kononnya untuk menunjukkan kerajaan PH telus dan terbuka. Walhasilnya orang dilantik itu tidak menguntung sedikit pun. Lantikan memakan dirisendiri.
Cara PN itu walaupun tidak undemocratic tetapi itulah sebai-baik cara berpolitik di Malaysia ini. Dan dalam politik setiap orang menangih jawatan, dan jawatan itu bagi menjamin sokongan. Bukankah politik itu kebendaan bukannya wadah perjuangan?
Disini cara kerajaan PN lebih menepati rukun politik dan demokrasi yang di amalkan selama ini. Jadi terimalah apa sahaja. Sebaik-baiknya apa dipraktikkan yang diwarisi di zaman kerajaan BN lalu turut juga diamalkan oleh PH dimasa depan sekiranya diberikan kemenangan bagi mengelakkan melantik orang yang tidak terpakai dan memberi apa-apa manfaat. Trims.
Sumber :