Agamawan sibuk bincang isu tongkat khutbah berbanding SOP solat Aidilfitri

Umat Islam di Malaysia menutup operasi masjid kerana takutkan Covid 19. Lalu, solat Aidilfitri ditunaikan dirumah. Selepas solat Aidilfitri agamawan kita dok bincang pasal tongkat khutbah- tongkat semambu.

Manakala Umat Islam di luar negara sanggup keluar rumah bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di tanah lapang. Walaupun tiada kawasan khusus, mereka berusaha mendapatkan parking lot IKEA untuk mendirikan solat dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Mungkin sel2 otak kita kurang berhubung dek lama terkurung dalam rumah semenjak pandemik Covid 19 melanda negara.

Ingatlah firman Allah SWT pada Surah al-An’am ayat 42 bermaksud: ‘Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).’

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan?

Sumber: