“Agaknya Tak Ada Covid-19 di Kedah”, Sindir Mukhriz

Kerajaan Kedah mendakwa tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Khas bersama Ketua-Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar bagi menyelaras Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meluahkan rasa kekecewaan berkenaan perkara itu melalui satu ciapan di Twitternya hari ini.

“Kedah pun tak diajak. Agaknya tak ada Covid-19 di Kedah,” katanya membalas ciapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mukhriz berkata, beliau kesal kerana seorang pemimpin yang mengakui Perdana Menteri untuk semua sengaja tidak menjemput Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri yang tidak sehaluan dengan Perikatan Nasional untuk hadir Mesyuarat Khas untuk menangani Covid-19.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/74237/KHAS/Koronavirus/Mukhriz-kesal-tidak-dipanggil-mesyuarat-khas-Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)