Aeril Zafrel tunjuk plug penghargaan LZS selepas bayar zakat lebih RM50,000

Aeril Zafrel tunjuk plug penghargaan LZS selepas bayar zakat lebih RM50,000

Aeril Zafrel tunjuk plug penghargaan LZS selepas bayar zakat lebih RM50,000. Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menerima penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila syarikatnya membayar zakat melebihi RM50,000 kepada institusi berkenaan.

LZS menerusi satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Aeril kerana terus membantu golongan asnaf di negeri tersebut.

Dalam hantaran tersebut, LZS turut memuat naik swafoto Aeril bersama plat penghargaan LZS kepadanya.

“Alhamdulillah! Terima kasih Aeril Zafrel kerana terus menyokong membantu asnaf di Selangor.

“Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau terus subur untuk bantu mereka yang memerlukan,” katanya pada Selasa.

Aeril Zafrel tunjuk plug penghargaan LZS selepas bayar zakat lebih RM50,000

Baru-baru ini, Aeril turut memuat naik gambar swafotonya sambil memegang plak penghargaan LZS di Instagramnya.

“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada LZS untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan,” katanya dalam hantarannya di Instagram baru-baru ini.

BACA:

Keluar 10K KWSP, berapa zakat yang dikenakan? Ini butiranya..

Keluar KWSP 10K akan dikenakan Zakat? Ini penjelasan pakar

Agihan bantuan pusat zakat berjalan lancar, cuma kurang promosi

CATEGORIES