Adun Serom kekal bersama Amanah, letak jawatan AJK signal kepada parti agar selesai kemelut

Merujuk kepada surat perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Negeri Johor bertarikh 11 Julai 2020 yang diserahkan melalui aplikasi WhatsApp pada 21 Julai 2020.

Saya ingin menegaskan bahawa isu ini seharusnya hanya ini dalaman parti namun telah ditularkan ke umum oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mereka yang cuba menangguk di air yang keruh.

Untuk itu saya ingin menegaskan bahawa saya masih ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan segala prinsip perjuangan bagi membela nasib rakyat keseluruhannya tersemat utuh dan kemas didalam jiwa saya. Saya juga ingin menegaskan bahawa keputusan perletakan jawatan yang saya buat adalah bagi memberi signal kuat kepada pimpinan tertinggi parti untuk menyelesaikan segala konflik dalaman parti dipelbagai peringkat sebagai persediaan untuk AMANAH yang lebih kukuh dan ahli-ahli serta masyarakat Malaysia keseluruhannya yang lebih bersemangat serta positif bagi mengharungi cabaran politik semasa hari ini.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya kekal bersama mandat rakyat yang telah memberi kemenangan dan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negeri Johor amnya dan Negara Malaysia khasnya. Saya tidak akan sesekali menjadi pengkhianat kepada mandat ini sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa ahli politik Malaysia hari ini.

Sumber :