Ahli-ahli Dewan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyerahkan borang pengisytiharan harta kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat di pejabatnya hari ini.
Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, ia adalah usaha komited untuk memastikan akauntibiliti dan intergriti dalam pentadbiran.
Katanya, semua Adun PH Johor menyerahkan borang bersama pada tarikh 31 Mei 2020, iaitu sehari sebelum tarikh tamat penyerahan pada 1 Jun 2020.
“PH Johor terus komited dalam usaha memastikan akauntibiliti dan integriti pentadbiran seiring agenda yang dibawa oleh PH.
“Ia mematuhi notis penisytiharan harta yang telah ditetapkan melalui sidang dewan (Dun) dan ia telah diluluskan pada 1 Disember 2019 lalu,” kata Aminolhuda pada sidang media hari ini.
Katanya, meskipun kerajaan negeri telah bertukar, beliau berharap polisi baik yang diperkenalkan PH diteruskan, lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang notis baru dikeluarkan kerajaan hari ini.
“Tindakan tatatertib atau disiplin boleh diusulkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan sekiranya ada Adun yang gagal mematuhi arahan,” katanya lagi
Berita penuh :