Lewat malam tadi, YB Ust Fakhrulrazi Menerima beberapa maklumat mengenai kesukaran penduduk untuk makan sahur akibat banjir teruk yg melanda petang tadi. memandangkan tiada kedai yang dibuka untuk membeli makanan dan mendapatkan bahan, YB tetap berusaha menyediakan sedikit juadah dengan apa yang ada dan sekadar termampu. Mujur ada beberapa individu dari Kg Hj Md sharif tampil menawarkan bantuan tambahan.
sekitar jam 2pagi YB bersama Pemuda Amanah Meru meronda kawasan terjejas dan menghulurkan makanan yang disediakan kepada keluarga yang memerlukan. Hampir 100 bungkus makanan selesai diedarkan.
Mohon maaf atas kekurangan.Terima kasih juga kepada pemberi maklumat. Semoga Allah permudahkan urusan tuan tuan sepanjang musibah ini melanda.
Sumber: