Edry Faizal Eddy Yusof merangkap Adun Dusun Tua, , mendakwa dia dihalang daripada hadir meraikan lawatan perdana menteri di kawasannya yang di landa banjir pagi tadi.
Menurut Edry , apabila beliau mengetahui mengenai lawatan Ismail Sabri Yaakob di situ, sebagai wakil rakyat dia diminta menyambut perdana menteri berkenaan sebagai tanda hormat.
“Kita pun OK saja, tapi pagi ni saya nak masuk ke lokasi, polis tak bagi masuk,” ceritanya melalui ciapan ringkas di Twitter sebentar tadi.
Menurut laporan Bernama, Ismail Sabri mengadakan lawatan di beberapa lokasi di sekitar Hulu Langat untuk meninjau kesan banjir besar yang melanda pada hujung minggu lalu.
Selain Shah Alam, Hulu Langat adalah antara kawasan yang paling teruk terkesan dengan bencana alam berkenaan.
Dalam pada itu juga Ismail Sabri juga dilaporkan berkunjung ke beberapa lokasi untuk melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan petempatan pendudu serta Kerja-kerja bantuan itu dilakukan sukarelawan dan NGO serta pasukan keselamatan.
PM nak datang. Sebagai ADUN kawasan saya diminta kalau boleh sambutlah sebagai tanda hormat. Kita pun ok je. Tapi pagi ni saya nak masuk ke lokasi, polis tak bagi masuk. Takpalah, saya pun banyak kerja lain. Selamat datang YB @IsmailSabri60. Saya gerak dulu. pic.twitter.com/9aBRj5Ux1Q
— Edry Faizal🏴🇲🇾 (@edryfaizal) December 26, 2021
Menurut laporan beliau berkata Selepas dihalang, kata Edry Faizal, dia meninggalkan kawasan berkenaan untuk menyambung kerja-kerja membantu penduduk yang terjejas.
“Tak apalah, saya pun banyak kerja lain. Selamat datang YB (Ismail Sabri),” ciapnya, “saya gerak dulu.”
Pada laporan yang sama wakil rakyat dari DAP itu juga menegur pihak polis yang didakwanya gagal hadir dalam mesyuarat penyelarasan bantuan kepada penduduk di sekitar kawasan terbabit.
“Buat pihak @PDRMsia yang garang-garang pada saya dan orang kampung tadi, harap malam ni hadir ya mesyuarat penyelarasan bencana daerah Hulu Langat.
Belua juga mengingatkan “Dah dua malam skip meeting (tak hadir mesyuarat). Kita banyak benda nak kena settle (selesaikan) ni,” ciapnya lagi.
BACA JUGA: