ADUN Ayer Keroh jadi mangsa vandalisme

Baru satu hari, sudah kena vandalisme

Semalam saya menyumbang sebuah hand sanitiser dispenser ke Pangsapuri Sutera Wangi untuk kegunaan semua penduduk (lebih kurang 250 keluarga) bagi menggalakkan tabiat menjaga kebersihan diri (rujuk pautan 1&2).

Belum sampai 24 jam, apabila saya menyampaikan sumbangan makanan ke pangsapuri yang sama petang tadi (rujuk pautan 3), saya dapati ada tulisan kata-kata kasar atas papan dispenser itu.

Saya anggap verbal abuse ini biasa (saya tidak menyokong budaya ini) dalam politik Malaysia. Sebagai ADUN, saya telah membiasakan diri dengan serangan seperti ini. In fact, I’ve had worse.

Walaubagaimanapun, saya berharap penulis tulisan kata-kata kasar ini tahu bahawa adanya kanak-kanak yang juga berpenghuni di pangsapuri tersebut. Tulisan sebegini akan memberi pengaruh buruk kepada mereka.

Kalau anda berminat dalam politik, sertailah pergerakan politik, menguasai isu-isu negara dan politik, atau masuk parti politik untuk mengutarakan aspirasi anda. Itu jauh lebih sihat dan membina daripada perbuatan anda hari ini.

Akhir kata, saya harap hand sanitiser dispenser ini mampu memanfaatkan penduduk-penduduk di Pangsapuri Sutera Wangi. Sentiasa membersihkan tangan kita supaya risiko jangkitan virus khususnya

Sumber: