Aduh !!! Kucing serang juruterbang dalam pesawat, terpaksa buat pendaratan kecemasan

Aduh !!! Kucing serang juruterbang dalam pesawat, terpaksa buat pendaratan kecemasan

Sebuah pesawat syarikat penerbangan Sudan terpaksa membuat pusingan U dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum setelah juruterbang itu diserang oleh seekor kucing yang menyelinap masuk ke dalam perut kapal terbang.

Dilaporkan oleh Al Sudani News, kejadian itu berlaku pada hari Rabu minggu lalu yang melibatkan penerbangan Tarco Airlines ke Qatar. Kucing itu dikatakan menyerang juruterbang kira-kira 30 minit setelah pesawat itu berlepas.

14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Difahamkan bahawa kucing itu ingin keluar dari perut kapal terbang tetapi tidak dapat kerana pintu sudah ditutup, jadi kucing itu menyerang anak kapal.

Beberapa orang cuba melakukan pelbagai cubaan untuk menangkap kucing itu, namun gagal. Pilihan terakhir adalah juruterbang terpaksa berpusing dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Melalui siasatan, kucing itu dilaporkan menyelinap masuk ke dalam perut pesawat pada malam hari ketika pesawat itu diletakkan di hangar lapangan terbang Khartoum.

Bagi para penumpang, mereka merasa amat lega kerana kejadian itu tidak mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama haiwan ditemui di dalam kapal terbang. Pada tahun 2004, kejadian yang sama melibatkan seekor kucing sehingga juruterbang terpaksa membuat pusingan dan mendarat cemas.

Sumber:https://www.thevocket.com/seekor-kucing-hijack-pesawat-komersial-juruterbang-terpaksa-buat-pendaratan-kecemasan/