Adik darjah 3 cari tin dan besi dalam tong sampah dapat perhatian Ebit Lew

Sayu sangat rasa masa ada orang bagi video adik ni di Pasir Puteh Kelantan tengah cari besi dan tin dalam tong sampah dekat sekolah Tok Janggut. Baru darjah 3 tapi rajin cari duit untuk belanja sekolah. Semenjak darjah 1 dia sendiri cari besi dan barang terpakai untuk jual. Baik beradab adik ni. Muka bersih jer.

Masa sampai tadi adik ni dekat tong sampah tengah cari barang. Terus lari mulanya. Lepas tu saya panggil adik ni. Dia tak kenal pun saya. Tengah anak kita pegang phone main game. Adik ni cari rezeki kutip besi dan lain-lain masuk dalam tong sampah.

Maknya kerja jual dengan orang tolong jual pisang. Pkp ni dah lama tak bekerja. Baru ini maknya tolong mandikan orang tua uzur sakit dan di rumah buat ketupat. Ayahnya dah meninggal dunia masa adik ni 8 bulan.. 2 orang kakak dan abangnya ada kad oku lembam. Mereka dapat bantuan jkm rm450 sebulan.

Masa sampai tadi saya beri sedikit duit untuk maknya. Maknya menangis. Katanya sepanjang saya hidup tak pernah pegang duit banyak macam ni. Sedih rasa sebab tidaklah banyak saya bagi. Kakak tadi makin kuat menangis. Adik comel ni pun menangis.

Saya tanya akak nak berniaga tak. Siang akak jual pisang, kueh-kueh. Anak akak minat nak jual burger. Malam biar dia jual burger ke. Seorang anak akak ni 19 tahun rajin juga bekerja menolong orang.saya belikan gerai dan payung untuk akak nak tak? Dia kata ada juga orang janji nak bagi. Tapi tak sampai-sampai lagi.

Saya terus ajak pergi beli di Kota Bharu gerai dan semua dapur besar dan gas serta payung untuk meniaga. Sedih sangat tengok keluarga ini. Baik sangat. Nampak keikhlasan dan kerajinan mereka.

Saya dimaklumkan ramai sangat jiran, masyarakat dan masjid membantu dan selalu memberi sokongan buat keluarga ini. Semoga menjadi asbab kebaikan dan diluaskan rezeki akak ni ye.

Sumber :

CATEGORIES