“Adik Aisyah selamat, kini ditempatkan di lokasi rahsia”

Pelakon, Lufya Omar menitipkan rasa syukur dan menarik nafas lega selepas mangsa dera bapa kandung sendiri, Adik Aisyah kini selamat di bawah penjagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi perkhabaran tersebut sekali gus memberitahu bapa kepada mangsa berkenaan telah ditangkap oleh pihak berkuasa atas perbuatan tersebut.

“Sedikit info tentang adik Aisyah yang tular dipukul si ayah penagih dadah. Ayahnya telah ditangkap dan Alhamdulillah, Aisyah diselamatkan oleh JKM.

"Adik Aisyah selamat, kini ditempatkan di lokasi rahsia"

“Tetapi informasi penempatan Aisyah dirahsiakan. Semoga Allah melindungi anak kecil yang tidak berdosa ini dan Allah melindungi penjaga yang baik untuk Aisyah.

“Semoga terpelihara agamamu, akhlakmu serta baik masa depanmu, anak,” coretnya ringkas di Instagram.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet juga menarik nafas lega dan turut menitipkan doa buat adik Aisyah agar sentiasa dipelihara.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan yang tidak bertanggungjawab seorang bapa yang didakwa memukul anak perempuannya di khalayak ramai.

Berita Penuh : https://utusan.news/terkini/2021/09/ayahnya-telah-ditangkap-aisyah-diselamatkan-oleh-jkm-lufya-omar/

BACA JUGA : Cicak ini berhijrah sejauh 65,000 km

COMMENTS