Adakah Muhyiddin Nak Lantik Orang Yang Ada Skandal Video? Tanya Pemimpin Umno

Bekas ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (Jasa), Dr Puad Zarkashi berharap Muhyiddin tidak bertindak secara berpilih atau bermotif politik dalam melaksanakan tugasnya.

“Jangan nanti hanya mereka yang (sedang dibicarakan) sahaja yang menjadi fokus atau sasaran beliau, sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah.

“Bagaimana dengan mereka yang ada skandal video dan melompat parti? Itu juga membabitkan soal integriti.

“Bahkan orang yang terselamat daripada pendakwaan kerana pandai corner baring juga tidak boleh terkecuali.

“Kalau mereka terpilih sebagai menteri, Muhyiddin akan dituduh tidak konsisten. Sebab itu Muhyiddin mesti tegas dan jangan retorik,” katanya.