“Ada juga yang bangang”, kata Faizal

Ada

“Ada juga yang bangang”.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membidas kalangan netizen yang mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap salah seorang pemain badminton negara, selepas skuad muda negara itu terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland, pada Sabtu malam.

Menurutnya, komen seumpama itu tidak wajar sama sekali kerana semua pemain negara tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

“Ada di kalangan keluarga Malaysia kita ini dia macam umpama setandan pisang, ada yang elok ada yang buruk.

“Jadi ada juga keluarga kita ini yang bangang-bangang dan bodoh yang tak tahu guna bahasa baik tak kira keluarga Malaysia kita ini dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut.

Ada

“Tak kira bangsa, mereka berjuang untuk mengharumkan negara nama Malaysia.

“Jangan kita hina bangsa, kulit, agama sesiapa juga yang telah berjuang untuk negara kita,” kata Ahmad Faizal yang ditemui selepas melawat satu keluarga yang memerlukan rumah di Manjoi, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komen netizen di dalam media sosial yang disifatkannya berunsur perkauman terhadap pemain perseorangan wanita negara yang tewas kepada lawannya dari Jepun.

Pada Sabtu malam, skuad muda badminton negara terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas tumpas 1-3 di tangan Jepun.

Terdahulu, mereka memberi persembahan cemerlang sebelum menewaskan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada peringkat suku akhir.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-sukan/piala-sudirman-ada-juga-yang-bangang-faizal-azumu-kecam-komen-berunsur-perkauman-323250

BACA: Aktiviti pesta arak cemari Pantai Seberang Takir di Terengganu

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: “Ada juga yang bangang”, kata Faizal […]