Abang Muhyiddin gembira Tun M disingkir tunjukkan jeliknya sikap pengkhianat

Abang TS Muhyiddin, TS Aziz Yassin bersyukur Tun Mahathir tidak lagi ada dalam BERSATU.

Jika sebelum ini TS Aziz Yassin yang juga merupakan Ahli MPT merangkap Biro Ekonomi BERSATU bermati-matian menafikan semua dakwaan dan cakap-cakap tentang TS Muhyiddin mahu menjatuhkan Tun Mahathir adalah karut belaka, konon adiknya itu bukan boleh menggantikan Tun Mahathir pun sebagai Perdana Menteri.

Tetapi pada saat ini setelah adiknya menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan, perkara yang dulunya salah kini semuanya mungkin betul pada pandangannya. Malahan tindakan adiknya selaku Presiden membawa BERSATU keluar daripada PH tanpa kebenaran serta izin parti secara sah serta menandatangani MOU bagi penubuhan PN tanpa bersandarkan sebarang keputusan parti mungkin dianggapnya sekarang sebagai suatu rahmat dari Tuhan untuk bangsa Melayu Islam.

Jika di buat perbandingan antara perasuah Kleptokrat dengan Tun Mahathir, beliau dilihat lebih bersyukur Tun Mahathir bukan lagi ahli BERSATU berbanding bersubahat dengan perasuah Kleptokrat.

Adakah ini tauladan dari perjuangan mulia demi bangsa, agama dan tanah air itu? Wallahu’alam.

Begitulah agaknya falsafah hidup, etika dan cara orang politik kita dalam membalas jasa dan budi. Tidak teguh pada prinsip, berpendirian seperti lalang serta mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kepentingan umum.

Moral dan perilaku dari sikap buruk orang Melayu seperti ini realitinya sudah menjadi kebiasaan dan budaya orang politik kita. Dan hal ini juga sebenarnya menjadi salah satu faktor yang membuatkan mengapa generasi X dan Y bumiputera kurang berminat, jelik dan menyampah untuk melibatkan diri secara aktif dalam arena politik tanah air.

Saya masih ingat bagaimana seorang negarawan bertaraf dunia yang sudah tua seperti Tun Mahathir kutip dan mengangkat maruah TS Muhyiddin yang jatuh seperti nangka busuk selepas dipecat dari UMNO.

Mungkin bagi TS Aziz Yassin, jasanya lebih besar kerana beliaulah yang mula-mula mencadangkan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Bersatu. Dan pencalonan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu dan calon Perdana Menteri PH juga adalah kerana beliau dan Muhyiddin mempunyai penuh keyakinan terhadap ketokohan dan kemampuan Tun Mahathir untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN pada PRU14 lalu.

Maka jelaslah bahawa dakwaan dan cakap-cakap orang tentang Tun Mahathir gila kuasa serta mencadangkan dirinya sendiri sebagai PM selama ini adalah fitnah dan karut belaka.

Persoalan,

Tun Mahathir yang memerlukan BERSATU atau BERSATU yang memerlukan Tun Mahathir?

Harapkan Pagoh, Pagoh Makan Padi.

TENGKU SHAFIZ RULLAH
Bersatu, Beramanah, Bermaruah.

Sumber: