Abang kandung tergamak tiduri adik perempuan usia 9 tahun sampai hamil

Oleh ISMAIL YAHYA

Abang kandung tergamak tiduri adik perempuan usia 9 tahun sampai hamil

Masalah kerosakan akhlak remaja dilihat semakin menggusarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selaku ibu bapa, didikan agama pastinya cuba diberikan sehabis baik.

Abang kandung tergamak tiduri adik perempuan usia 9 tahun sampai hamil

Malang sekali, segelintir anak muda sekarang terlampau advance beradaptasi dengan gajet sehingga menyalahgunakannya ke arah perkara bukan-bukan.

Abang ‘tiduri’ adik kandung sehingga hamil

Masalah ketagihan video 18+ juga banyak berlaku bukan sahaja kepada orang dewasa, bahkan kini kanak-kanak begitu mudah mendapatkan akses lagi-lagi jika penggunaan telefon bimbit tidak di pantau oleh ibu bapa.

Baru-baru ini, seorang Pengerusi NGO Yayasan Ikhlas, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin mendedahkan bagaimana seorang abang kandung yang kemaruk menonton video ‘kotor’ didapati telah melampiaskan nafsu kepada adik perempuannya.

Lebih mengejutkan, si adik yang baru sahaja berusia 9 tahun telah hamil hingga melahirkan zuriat luar nikah.

Jika dahulu statistik mencatatkan kehamilan luar nikah berlaku kepada remaja berumur 17 ke 18 tahun, kini yang lebih muda pun sudah terjerumus dalam masalah terbabit.

Melihat situasi yang semakin menjadi-jadi ini, banyak faktor yang menyumbang.

Antaranya adalah kemiskinan hidup dan kesibukan ibu bapa bekerja hingga tiada masa mahu memantau kegiatan harian anak.

Satu lagi kisah yang didedahkan ialah seorang remaja 13 tahun terlanjur melakukan hubungan badan dengan sepupu Tingkatan 2.

Daripada kisah ini, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin mengingatkan ibu bapa tentang kepentingan berkomunikasi dan menjaga hubungan rapat dengan anak-anak.

baca: Ini satu-satunya restoran paling pelik dalam dunia, makan dulu bayar lepas meninggal