Aaron Aziz mengamuk! “Korang ingat aku kafir ke?”. Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz kini difahamkan sedang mempersiapkan diri untuk watak yang akan dijayakan menerusi filem terbaharu bertajuk Original Gangster arahan Syamsul Yusof.
Sering kongsi ‘update’ latihan
Malah pelakon yang terkenal dengan watak Malik menerusi KL Gangster ini dilihat sering memuat naik video latihan bagi filem itu di media sosial miliknya.
Baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh Aaron di TikTok mencuri tumpuan peminat apabila dia menunjukkan tatu palsu yang dilukis pada bahagian lehernya.
Ramai yang mengatakan salah satu corak tatu tersebut berbentuk seperti lambang salib sehingga ramai yang mengatakan pelakon KL Gangster itu tidak sensitif dengan isu tersebut.
‘Tu bukan salib, tapi…’
Tidak cepat melatah dengan kritikan dari peminat, Aaron menjawab dengan memuat naik satu lagi video di TikTok dengan menjelaskan bahawa tatu itu bukanlah lambang salib sebaliknya ia hanyalah bentuk pedang atau dagger (pisau kecil).
“Itu bukan salib, itu dagger. Korang ingat aku kafir ke apa? Pisau! Semua pisau dagger mesti ada batang yang ada pemegang.’
Aaron juga meminta orang ramai untuk tidak terus membuat andaian sendiri dan berharap agar sentiasa bersangka baik terhadap sesuatu perkara.
Video
@therealaaronazizBUKAN SALIB LA ITU DAGGER 🗡 PISAU. Ke nak letak Pisang ????
BACA:
Tular video bilik gadis cantik penuh longgokan sampah
Jatuhkan maruahnya, Caprice ugut nak saman Mydin
Pencuci kereta pengsan tengok dalam kereta client, “Penuh ulat!”