9,953 rakyat Kelantan isytihar tidak mahu disuntik vaksin

Sejumlah 65,727 orang penduduk dewasa di Kelantan masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin.

Katanya daripada jumlah tersebut, seramai 9,953 penduduk enggan menerima vaksin tanpa sebarang alasan munasabah.

“Daripada jumlah itu seramai 9,953 orang sudah isytihar tidak mahu disuntik dan sekitar 17,000 orang mereka yang tidak sesuai divaksin atas faktor kesihatan.

9,953 rakyat Kelantan isytihar tidak mahu disuntik vaksin

Dr Izani Husin.

“Jadi jumlah keseluruhan yang tidak mahu disuntik kerana alasan tertentu atau mereka yang memang enggan terima vaksin seramai 27,700 orang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Dr Izani berkata data itu diperoleh melalui kajian yang dilakukan ketua-ketua jajahan di Kelantan.

‘Bimbang agenda Yahudi’

Ditanya apakah alasan bagi golongan yang enggan divaksin, kata Izani mereka terdiri daripada golongan yang takut untuk divaksin selain mengganggap usaha itu sebagai ‘agenda Yahudi’.

“Yang enggan divaksin ini macam-macam alasan mereka, takutlah, kata ada agenda Yahudi,” ujarnya.

Izani yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Kijang bagaimanapun enggan melabelkan golong tersebut sebagai antivaksin, sebaliknya tetap berharap mereka berubah fikiran dan tampil menerima vaksin.

Dalam perkembangan sama tambahnya, sehingga kini sejumlah hampir 1.04 juta penduduk negeri itu sudah menerima vaksin bagi dos pertama.

Katanya, ia meliputi 94 peratus berbanding jumlah penduduk dewasa iaitu 1.1 juta orang.

“Kita juga jangkakan semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Kelantan akan mula ditutup pada pertengahan Oktober depan.

“Ia selepas mereka yang belum melengkapkan dos kedua menerima vaksin masing-masing. Jadi apabila kerajaan umum untuk kita beralih kepada endemik, rakyat Kelantan juga sudah bersedia mematuhi prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Berita Penuh : https://m.malaysiakini.com/news/593308

BACA JUGA : Gempar !!! Tular dakwaan 2 pelajar di Perak mati kerana vaksin, ini penjelasan Polis

COMMENTS

Wordpress (0)