9 kes kematian akibat Covid-19 libatkan anggota polis Selangor

Angka mengejutkan apabila seramai sembilan anggota polis Selangor termasuk seorang pegawai kanannya maut akibat dijangkiti kes Covid-19 sejak 16 Mac tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kematian membabitkan keluarga anggota polis Selangor pula adalah seramai tiga individu.

“Seramai sembilan individu iaitu seorang pegawai kanan serta lapan anggota polis Selangor meninggal dunia akibat Covid-19 sejak 16 Mac tahun lalu.

9 kes kematian akibat Covid-19 libatkan anggota polis Selangor

“Keseluruhan 910 pegawai kanan, anggota polis dan ahli keluarga disahkan positif bermula 16 Mac tahun lalu sehingga kelmarin. Manakala jumlah individu yang dikuarantin pula adalah seramai 4,332 orang.

“Untuk rekod, seramai 331 anggota polis dikuarantin kelmarin kerana positif covid-19 manakala 312 diarahkan menjalani kuarantin kerana disyaki kontak rapat kepada kes positif,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor di sini, tadi.

Arjunaidi turut menjelaskan pihaknya sudah mengeluarkan 2,063 kompaun sehingga Sabtu lalu atas kesalahan utama rentas negeri, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tiada penjarakan fizikal.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743142/9-polis-selangor-meninggal-dunia-akibat-covid-19

BACA JUGA : Gempar !!! Blogger Umno jangka 9 ke 12 MP PN bakal melompat

COMMENTS

Wordpress (0)