7 negeri diramal hujan lebat dan ribut petir malam ini, dinasihat ambil langkah berjaga-jaga

7 negeri diramal hujan lebat dan ribut petir malam ini, dinasihat ambil langkah berjaga-jaga.Penduduk di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir serta hujan lebat pada malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

“Di Perak kawasan yang terlibat ialah Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak, manakala di Selangor kawasan dijangka terlibat ialah Klang dan Kuala Langat.

“Selain itu, ramalan sama turut melibatkan kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan manakala Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera mengalami cuaca yang sama.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Limbang (Lawas),” kata MetMalaysia.

Menurutnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.

BACA: Tindakan Adun Bersatu didakwa bakal jadi ‘pencetus’ PRN Johor?
Ini apa yang perlu dibuat jika tersilap isi diesel dalam kereta anda
Seekor Ikan Tuna berjaya dilelong dengan harga lebih RM600 ribu

CATEGORIES