41 ekor kucing peliharaan Adibah Noor didedah kepada umum

41 ekor kucing peliharaan Adibah Noor didedah kepada umum

41 ekor kucing peliharaan Adibah Noor didedah kepada umum. Allahyarham yang aktif di laman Twitter miliknya turut dikenali sebagai pencipta kucing apabila sering membantu untuk ulang ciap (retweets) setiap perkongsian berkaitan kucing.

Lebih menyedihkan ulang ciap terakhir di akaun Twitter Allahyarham adalah berkaitan seorang pengguna yang meminta bantuan untuk mendapatkan tempat perlindungan buat anak kucing yang ditemui pengurusnya.

Ulang ciap terakhir daripada Allahyarham semalam itu mendapat perhatian ramai apabila menyifatkan Adibah individu yang berhati mulia.

“Semoga asbab kak Dibah kasih dengan kucing moga Allah tempatkan dalam syurga.””Fakta yang dia masih retweets mengenai kucing”

41 ekor kucing peliharaan Adibah Noor didedah kepada umum

“Retweet terakhir Adibah Noor fasal bantuan kucing. Al-fatihah,” kata beberapa pengguna di ruangan komen selepas Adibah mengulang kicau terbabit.

 

Semalam industri seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Adibah di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

BACA:

Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun

“Ini baru anak kapal sebenar”, wanita lahir anak dalam Royal Brunei Airlines

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] 41 ekor kucing peliharaan Adibah Noor didedah kepada umum […]