4 sungai lebihi paras bahaya, berisiko cetus kembali banjir di Johor

4 sungai lebihi paras bahaya, berisiko cetus kembali banjir di Johor.Sejumlah empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Empat sungai melibatkan kawasan di Muar dan Mersing melepasi paras bahaya antaranya Sungai Muar di Liang Batu, Muar menunjukkan sungai itu berada pada paras 2.75meter (m) dengan trend menurun serta Sungai Muar di Panchor, Muar mencatatkan bacaan 2.54m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.41m.

“Di Sungai Pagoh, di Kampung Olak Sepam, Muar juga terus meningkat dengan bacaan 3.49m melebihi tahap bahaya sebanyak 1.14m dengan trend menaik.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing dengan bacaan 2.28m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.8m dengan trend menaik,” katanya.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 5,284 daripada 1,480 keluarga dipindahkan ke 76 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 3.45 petang hari ini.

BACA JUGA : Ramai ahli Bersatu berhijrah ke Parti Bangsa Malaysia?, Ini jawapan Wan Saiful
Berlaku fenomena kilat di kutub utara, ini membimbangkan para saintis
Basant Khaled : Kisah tragis buli siber

Artikel ini disiarkan pada 07/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)