4 ‘hackers’ ditahan berikutan penipuan lebih RM24 juta

hackers

4 ‘hackers’ ditahan berikutan penipuan lebih RM24 juta.Polis Indonesia menahan empat penggodam kerana disyaki melakukan penipuan antarabangsa membabitkan 84.8 bilion rupiah atau AS$6 juta (RM24.87 juta).

Siasatan awal mendapati mereka menyasarkan syarikat di Korea Selatan dan Taiwan, dengan melakukan penggodaman menerusi e-mel.

Pengarah ​​Polis Siber Indonesia, Brigadier Jeneral Asep Edi Suheri, berkata suspek mengirim e-mel palsu mengenai perubahan nombor akaun syarikat kepada rakan kongsi perniagaan.

“Kemudian, mereka meyakinkan syarikat rakan kongsi itu memindahkan dana ke akaun palsu berkenaan.

hackers
“Suspek didapati menggunakan cara penipuan melalui e-mel atau Business Email Compromise (BEC) itu sejak tahun lalu dan kita masih meneruskan siasatan.

“Perbuatan mereka menyebabkan syarikat makanan dan minuman, SW di Korea Selatan kehilangan 82 bilion rupiah (RM24 juta) sementara sebuah syarikat teknologi WWHF di Taiwan kerugian 2.8 bilion rupiah (RM837,000),” katanya.

Polis turut merampas wang tunai 29 bilion rupiah (sekitar RM8.37 juta), dua telefon bimbit, 14 kad mesin juruwang automatik dan sejumlah data syarikat palsu.

Suspek yang dikenal pasti sebagai CT, NTS, YH, dan SA kini dalam tahanan dan polis kini masih mencari baki suspek yang lain.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/10/871581/4-penggodam-indonesia-ditahan-kerana-penipuan-as6-juta

BACA: SOP pelik di pawagam dipertikai Ahli Parlimen

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)