4 bulan tiada kes

4 bulan tiada kes, pengembara Australia didapati positif risaukan New Zealand

4 bulan tiada kes, pengembara Australia didapati positif risaukan New Zealand

SELEPAS hampir empat bulan bebas daripada jangkitan wabak COVID-19, penduduk New Zealand kini mula bimbang.

Ia selepas pihak berkuasa kesihatan memaklumkan terdapat kemasukan pengembara dari Australia yang disahkan positif COVID-19 pada hujung minggu lalu.

4 bulan tiada kes

Susulan itu, kerajaan New Zealand mula mengambil pendekatan berjaga-jaga dan sedia dengan strategi mengekang penularan wabak itu.

New Zealand merupakan antara yang berjaya dalam membendung penularan COVID-19 dengan hanya merekodkan 26 kematian akibat wabak itu.

Bagaimanapun, kempen vaksinasinya agak perlahan jika ingin dibandingkan dengan negara maju yang lain apabila hanya 13 peratus penduduk telah divaksin.

Setakat ini masih tiada sebarang jangkitan melibatkan pengungjung dari Sydney dilaporkan, namun orang ramai diarah supaya kekal berada di rumah dan membuat ujian saringan jika perlu.

New Zealand turut menghentikan perjalanan bebas kuarantin dari New South Wales sekurang-kurangnya selama tiga hari susulan kes varian delta tersebut.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/hampir-empat-bulan-tiada-kes-covid19-new-zealand-dalam-risiko-jangkitan-varian-delta-304767

CATEGORIES