4 bulan kahwin, suami iringi jenazah isteri dengan berbaju waktu nikah

4 bulan kahwin, suami iringi jenazah isteri dengan berbaju waktu nikah.Rezeki, jodoh dan ajal memang sudah ditetapkan Allah SWT sebelum kita lahir lagi. Namun, sebagai umat Islam, kita harus redha dan menerima segala ketentuan-Nya.

Itulah yang dilalui seorang lelaki ini apabila kebahagiaan yang baru dikecapinya akhirnya ‘hilang’ dalam sekelip mata sahaja apabila isteri tersayang telah pergi buat selama-lamanya.

Dijemput Ilahi lepas 4 bulan bernikah

kahwin

Kisah sayu itu dikongsikan oleh Hassanudeen Undingz Killerz menerusi akaun Facebooknya. Sebelum ini, Hassanudeen memaklumkan isterinya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan. Namun siapa sangka, Allah SWT lebih menyayanginya. Pada 27 Ogos 2021, isteri tersayang iaitu Fatimah Binti Ismil yang baru dinikahi empat bulan lalu telah pergi buat selama-lamanya. Lebih menyayat hati apabila melihat Hassanudeen memakai pakaian (baju melayu) sewaktu mereka bernikah ketika menguruskan jenazah isterinya.

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi jenazah arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil) telah selamat dikebumikan pada jam lebih kurang 8.00 malam. Saya suami kepada arwah Isteri saya (Fatimah Binti Ismil) dengan rasa rendah diri memohon berbanyak terima kasih kepada semua yang mengenali saya mahupun arwah Isteri saya (Fatimah Binti Ismil) secara langsung mahupun tidak kerna sudi memanjatkan Doa dan Semangat buat arwah Isteri saya(Fatimah Binti Ismil).

Dalam kesempatan itu, Hassanudeen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya dan keluarga serta memanjatkan doa buat arwah. Berdasarkan foto yang dikongsikan, dapat dilihat Hassanudeen duduk di tepi pusara isterinya lengkap berpakaian putih sambil termenung menahan sedih kehilangan insan tersayang.

Luahan hati si suami

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada Hassanudeen dan keluarga selain berharap agar lelaki itu kuat menerima takdir dari Allah SWT

Berita Penuh : https://ohbulan.com/hanya-4-bulan-bersama-suami-iringi-pengebumian-isteri-pakai-baju-nikah-undang-sebak

BACA: Tiada usul undi percaya terhadap PM dalam sidang Dewan Rakyat akan datang

COMMENTS

Wordpress (0)