4 abang ‘binatang’ ditahan, rogol adik sendiri secara bergilir-gilir

Kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan paling tepat menggambarkan perbuatan empat abang yang disyaki merogol adik sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan keji empat beradik lelaki itu terbongkar apabila mangsa menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

Mangsa yang berusia 13 tahun mendakwa telah dirogol secara bergilir-gilir di rumah mereka di Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak lebih tiga tahun lalu.

4 abang 'binatang' ditahan, rogol adik sendiri secara bergilir-gilir

Susulan laporan polis yang dibuat pada Ahad, pihak polis telah menahan kesemua suspek. Suspek berusia di antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017

Menurut sumber, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit.

BACA JUGA : PRN Melaka : Pas tolak parti ‘ekstrem’
Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar

Artikel ini disiarkan pada 12/11/2021

COMMENTS