Agenda freemason? Ini maksud sebenar huruf ‘i’ pada iPhone yang ramai tak tahu
Debut pada tahun 2007, populariti iPhone sampai sekarang ni masih lagi tak ada tanda nak slow down.
Kalau ditanya apa maksud huruf ‘i’ pada perkataan iPhone, korang rasa apa jawapan yang terlintas dalam fikiran?
Mungkin ada yang akan cakap ‘i’ tu bermaksud internet atau saya/ Tapi korang tahu tak yang rupanya ada lima lagi perkataan yang dimaksudkan pada huruf ‘i’ tersebut. Ini yang diperkatakan oleh Steve Job semasa pembentangannya.
“‘I’ stands for ‘internet, individual, instruct, inform, inspire.’”
Steve Jobs juga berkata tiada maksud khusus atau official berkenaan huruf ‘i’ tersebut dan terbuka untuk diinterpretasikan oleh sesiapa.
Kredit gambar: Neil Soni via unsplash.com
Tak hairanlah kalau ramai yang tafsirkan ‘i’ sebagai internet kerana pada mulanya iPhone diperkenalkan pada tahun 2007, ada beberapa produk Apple dengan permulaan huruf ‘i’ tak ada internet. Contohnya seperti iPod keluaran awal.
Jadi menurut korang, definisi ‘i’ korang tu apa?
BACA:
Ini senarai 20 bandar punyai kualiti hidup terbaik dalam dunia, Malaysia tersenarai ke?
“Cukup-cukuplah bawa bidaah masuk dalam masyarakat,Islam tidak ajar begini”