330 kanak-kanak Dun Manjoi shopping raya dengan Adun

330 kanak-kanak Dun Manjoi shopping raya dengan Adun

Mendapat pakaian baharu menjelang Aidil Fitri merupakan satu kegembiraan terutama kepada golongan kanak- kanak. Justeru pada pagi ini, saya menyumbangkan RM 33,000.00 untuk program ” Shopping Baju Raya” kepada 330 kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Manjoi.

Moga-moga dengan pembelian pakain raya ini dapat memberikan keceriaan kepada anak- anak yang saya kasihi sekalian ketika sambutan Aidil Fitri nanti.

Turut hadir pada pagi ini Dr Fakhruldin Mohd Hashim selaku ketua Amanah Kawasan Tambun, Ketua AWAN Perak, Pn Zuhairah Ghazali, Ketua Pemuda Amanah Tambun Ahmad Shafiq ahmad Ariffin, Ketua AWAN Amanah Tambun Puan Jariah Mohamad dan AJK Amanah Kawasan Tambun.

Terima kasih kepada para petugas, ARiF Tambun dan pihak Mydin yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam memastikan program berjalan dengan lancar.Terimal kasih juga kepada pihak media yang membuat liputan pada program hari ini.

Asmuni Awi

Berita Penuh :https://perakinsights.com/2021/05/02/adun-manjoi-bawa-330-kanak-kanak-shoping-baju-raya-menjelang-aidilfitri/

COMMENTS