30,000 penjawat awam tolak vaskin perlu tampil buat penjelasan

serangan jantung

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa agar kakitangan awam yang menolak vaksin tampil membuat penjelasan.

Presidennya Adnan Mat berkata sebagai anggota pelaksana dasar kerajaan, mereka perlu menjadi individu pertama menyokong serta melaksanakan dasar dikeluarkan dan bukannya menolak pelaksanaannya.

“Setakat ini, kira-kira 30,000 kakitangan awam belum mendaftar menerima vaksin dan ada antaranya memberi alasan mempunyai masalah kesihatan.

30,000 penjawat awam tolak vaskin perlu tampil buat penjelasan

Adnan Mat berkata, CUEPACS meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk membuat saringan berkala terhadap penjawat awam yang menolak untuk divaksinasi.

“Jadi kita minta mereka tampil menjelaskan situasi sebenar dalam permasalahan ini supaya tidak mengundang tanggapan negatif daripada orang awam,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah di sini petang tadi.

Justeru, Adnan berkata pihaknya meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk membuat saringan berkala terhadap penjawat awam yang menolak untuk divaksinasi.

“Kita meminta perkara ini dipertimbangkan dan dalam masa sama, memohon mereka yang menolak agar tampil untuk kita tahu situasi sebenar kerana pelaksanaan saringan berkala juga melibatkan kos,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adnan berharap kerajaan mewujudkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu memandangkan sistem saraan sedia ada yang digubal pada November 2002 tidak pernah dikaji atau ditambah baik sehingga hari ini.

Beliau berkata perkara itu wajar dimasukkan dalam peruntukan Belanjawan 2022 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem diwujudkan 19 tahun lepas.

“Selain daripada usaha untuk memperbaharu sistem saraan bagi penjawat awam dapat dilaksanakan, pemberian peruntukan khusus bagi mewujudkan sistem saraan baharu itu turut mencerminkan kerajaan serius mahu mereformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam dari segala aspek termasuk melibatkan hal kebajikan penjawat awam,” katanya.

Antara perkara perlu diberi perhatian dalam sistem saraan baharu kelak adalah skim gaji yang melangkaui pendapatan garis kemiskinan negara.

Kenaikan gaji tahunan yang lebih bersesuaian juga perlu mengikut peningkatan kos sara hidup semasa,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/08/penjawat-awam-tolak-vaksin-perlu-tampil-beri-penjelasan-kata-cuepacs/

BACA JUGA : Mercedez keluar kereta boleh kawal dengan minda