30 sekolah lagi di Selangor diarah tutup akibat penularan Covid-19

30 sekolah lagi di Selangor diarah tutup akibat penularan Covid-19

Tiga puluh sekolah di Selangor diarah tutup dua hari bermula hari ini.


Menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), ia susulan kes COVID-19 yang dikesan di sekolah-sekolah tersebut.

Katanya, penutupan berkuat kuasa 28 dan 29 April bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Pekeliling tersebut turut meminta sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.


JPNS juga meminta sekolah terlibat untuk berbincang dengan PKD bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika tempoh itu perlu dilanjutkan.


Sepanjang tempoh itu, guru dan pelajar dikehendaki melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-30-lagi-sekolah-di-selangor-diarah-tutup-dua-hari-295438

COMMENTS