3 tahun menanti rumah PRIMA yang belum siap, hutang bank dah kena bayar…

3 tahun menanti rumah PRIMA yang belum siap, hutang bank dah kena bayar…

Assalamualaikum w.b.t. Izinkan saya untuk menjelaskan tujuan saya buat posting ini pada awalnya adalah Ingin menyatakan masalah sebenar projek PRIMA MELAKA TENGAH 2.

Sbb saya beli rumah ni dari 2019 dan berpuluh kali dijanji kan oleh agen yang projek akan siap 2019 la, 2020 la, 2021 la tapi bila pegi tapak tengok sendiri tapak pembinaan dah terbengkalai hampir setahun tidak jalan kerja. Tahun 2021 dah bersemak samun dan PRIMA ubah lagi tarikh siap ke 2023.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah mula bayar loan interest hampir RM300 sebulan untuk fasa pertama. Rumah Sewa pon kena bayar RM700 setiap bulan, rumah sendiri pon kena bayar tapi tidak siap hampir 3 tahun. Komitmen bertambah dan sangat membebankn. Saya keje swasta so mgkin sebab tu sy punya loan lain kot dgn loan orang keje gov.

Dulu mgkin gerakan saya secara individu mereka tidak berapa layan, tapi sekarang saya dah ade 100+ pembeli yang sama-sama memperjuangkan nasib pembeli PRIMA MT2 ni.

Bila dah jumpe setiap orang pembeli, bermacam cerita yang lagi sedih saya dengar. Ada yang beli lagi awal dari saya dengan harapan hendak duduk bersama emak dan ayah, tetapi rumah terbengkalai, emak ayah pun da meninggal. Tidak sempat rasa rumah baru.

Ade pembeli ibu tunggal yang hanya meniaga kecilan, membelanjakan hampir keseluruhan duit simpanan keuntungan meniaga untuk beli rumah baru. Dengan harapan dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak, tetapi hampa apabila rumah PRIMA MELAKA TENGAH 2 ini terbengkalai. Ibu tunggal itu sampai sekarang terpaksa menyewa. Komitment makin bertambah. Di tambah dengan cabaran ekonomi semasa musim pandemik ini, lagi mencabar buat ibu tunggal tersebut.

Paling menyedihkan, PRIMA MT2 ni adalah projek 100% Melayu. Dibina atas tanah rizab melayu. Projek PRIMA di melaka ni yang lain semua berjalan lancar, semua projek campur non-bumi berjalan lancar dan rancak membangun. Tp projek PRIMA yang 100% melayu mcm PRIMA MELAKA TENGAH 2 ini sangat bermasalah.

Bermacam usaha dah kami lakukan dari segi aduan kepada PRIMA, aduan rasmi ke KPKT, emel rasmi dan bermacam lagi tetapi semuanya menuju jalan buntu. Semua pembeli akan dapat email dari PRIMA menyatakan seribu alasan. Paling terbaru PRIMA menggunakan alasan covid 19, sedangkan rumah dah terbengkalai sebelum pandemik covid19 lagi. Pihak menteri pula mengambil pendekatan membisu diam seribu bahasa

Semua pembeli rasa ditindas, dianiaya, tidak dpt pembelaan yang sepatutnya. Kalau kami hanya diam diri dan menunggu, mungkin sekarang ni PRIMA masih memberi alasan dan mungkin rumah kami tidak akan sempat siap sebelum 2023.

Kalau anda semua datang sendiri ke tapak rumah PRIMA MELAKA TENGAH 2 ini, tengok dengan semak samun nya, bangunan dah usang, besi dah berkarat terbiar begitu sahaja. PRIMA MELAKA TENGAH 2 mempunyai 980 unit dan hampir 90% sudah terjual. Setiap hari ramai yg meminta untuk ke masuk group kami, ramai dari pembeli baru yang dijanji bulan bintang oleh agen PRIMA. Realitinya?

Semoga perkara ini dapat pembelaan dari pihak berwajib dan perhatian dari pihak menteri.

Sumber: