3 penjaja yang berniaga depan rumah di Kuching diberi notis amaran

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini mengeluarkan notis amaran kepada tiga penjaja di Kampung Samariang Batu di Kuching selepas didapati berniaga di depan rumah mereka hari ini.

Notis amaran itu dikeluarkan dalam satu operasi pematuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa Empat yang dijalankan DBKU bersama Polis Diraja Malaysia di kawasan Petra Jaya.

Menurut Ketua Balai Polis Gita, ASP Mohamad Nizam Bujang, larangan untuk berniaga di depan rumah sepanjang bulan Ramadan telah pun dimaklumkan oleh pihak DBKU secara lisan kepada penduduk setempat sebelum ini, namun masih ada penjaja secara sengaja mengingkari arahan terbabit.

Pada 23 April lepas, kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) mengeluarkan arahan melarang sebarang bentuk urus niaga melibatkan penjualan makanan sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/523253