3 negeri bakal masuk fasa 2, tiada lagi ‘lockdown’ – Sumber

3 negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan.

Keputusan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Astro AWANI, perincian mengenai peralihan di negeri-negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa hari lalu.

3 negeri

“Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes COVID-19 yang masih tinggi di negeri Selangor.

“Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Berdasarkan kerangka PPN di peringkat pusat, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan kerana kes COVID-19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya.

Tambah sumber itu lagi, langkah lebih khusus ini akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa sekali gus melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi.

Menurut sumber itu, kerajaan juga dijangka mengambil langkah khusus untuk memperketat kawalan pergerakan di negeri Selangor.

Astro AWANI masih mendapatkan maklum balas dan pengesahan lanjut daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan perkembangan ini.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-total-lockdown-perlis-kelantan-dan-terengganu-dijangka-masuk-fasa-2-minggu-depan-sumber-305947

BACA JUGA : 336 kes bunuh diri waktu PKP 2.0, bagaimana PKP 3.0?

CATEGORIES