3 Isu utama Audio Nik Abduh

Terdapat 3 isu Utama yang melingkari pendedahan audio Nik Abduh. Hubungan beliau dengan CIA, terima duit UMNO tanpa pengetahuan ahli dan porakperanda dalam PAS yang dicetuskan oleh kumpulan ini untuk menyingkirkan barisan kepimpinan PAS sekitar 2015 yang lepas.

1. AGEN CIA

Dalam audio terbabit, Nik Abduh secara jelas mengakui kenal dan boleh berhubung dengan wakil dari CIA. Persoalan, adakah Nik Abduh adalah sasaran barat untuk jadi agen porak perandakan jemaah Islam di Malaysia?


2. TERIMA DUIT UMNO

Bab terima duit UMNO ini ada dua bab. Satu bab Nik Abduh mengaku dia terima dan kedua Nik Abduh tuduh pimpinan lain pun terima. Bab tuduh orang lain terima tu perlukan siasatan lanjut, tapi bab dia mengaku terima adalah clear cut. Nik Abduh adalah tali barut yang dibela oleh UMNO selama ini untuk porak perandakan PAS.

Dr Samsuri pula adalah salah seorang yang “kantoi” menerima duit RM 2 juta dari UMNO (jumlah sebenar yang diterima sebelum2 ini tidak diketahui secara tepat – perlu siasat) untuk pilihanraya negeri Sarawak. Maknanya budaya mengambil duit dari UMNO ini adalah berlaku dengan aktif oleh beberapa pemimpin PAS kerana Nik Abduh menyebut “kita berjaya dalam 10-11 aktiviti kerana UMNO” (duit UMNO????).


3. JEMAAH DALAM JEMAAH

Penubuhan RTI (Reform Tajdid Islah) dalam PAS dengan tujuan menyingkirkan “jebon-jebon” ternyata didalangi beberapa pemimpin PAS seperti Takiri, Tantawi, Nik Abduh dan Nurul Islam (seperti didedah Abu Ulwan yang pernah menyertai RTI ini). Pergerakan RTI dengan keanggotaan yang ramai dan kebanyakannya fresh graduate dari Mesir sudah semestinya memerlukan kos yang besar untuk beroperasi. Persoalannya, adakah selama ini kumpulan ini telah menerima dana dari UMNO untuk beroperasi ?

Sumber : https://www.facebook.com/anatahulah/photos/a.150418365652379/283362159024665/?type=3&theater