3 hari lagi nak final, Messi hilangkan diri

3 hari lagi nak final, Messi hilangkan diri. Kelibat Lionel Messi antara yang tidak kelihatan ketika Argentina menjalani latihan di Universiti Qatar semalam, sekali gus mencetus kerisauan mengenai kecergasan pemain itu menjelang final Piala Dunia menentang Perancis esok.

Penyerang berusia 35 tahun itu beberapa kali meme­gang bahagian pangkal pahanya ketika Argentina menumpaskan Croatia 3-0 pada separuh akhir, Rabu lalu.

Pengendali pasukan, Lionel Scaloni menjelaskan, ketiadaan Messi bersama beberapa tonggak ketika sesi latihan adalah kerana diberikan cuti rehat.

Selain Messi, pemain lain yang turut berdepan kece­deraan ialah Papu Gomez yang ditimpa masalah buku lali.

3 hari lagi nak final, Messi hilangkan diri

Baca Artikel Penuh