3 hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara putuskan tulisan Masri terhadap Husam adalah fitnah

Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini, sebulat menolak rayuan bekas pengetua sekolah agama Masri Che Yusoff terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang membenarkan saman dan tuntutan Anggota Dewan Negara Senator Husam Musa susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook.

Husam yang diwakili peguam Faiz Fadzil berkata penghakiman tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan Suraya Othman, Lee Heng Cheong dan Mohd Suffian Abd Razak memutuskan anak guamnya berjaya membuktikan tulisan Facebook tersebut satu fitnah.

Katanya, defendan telah gagal membuktikan tiga pembelaan yang dibangkitkan iaitu justifikasi, ulasan saksama dan perlindungan bersyarat.

3 hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara putuskan tulisan Masri terhadap Husam adalah fitnah

“Oleh demikian, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 Jun 2018 itu dikekalkan,” kata Faiz dalam kenyataan media, hari ini.

Sebagai rekod, Masri melalui akaun Facebook miliknya pada 27 Oktober 2015 menyiarkan gambar dan tulisan yang menuduh Husam secara salah memberikan kepada sebuah syarikat tanah seluas 414.37 hektar yang mana tuduhan ini dinafikan Husam.

Masri ketika menyiarkan tulisan tersebut merupakan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Ketereh dan anggota Dewan Ulamak PAS Kelantan.

Sehubungan itu, dia perlu membayar jumlah gantirugi seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 10 Februari lalu sebanyak RM150,000.

Menurut Faiz, jumlah ganti rugi itu kekal kerana tiada rayuan difailkan di pihak Masri.

“Kos rayuan hari ini pula ditetapkan sebanyak RM15,000, manakala kos sebelum ini ditetapkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebanyak RM10,000 dan RM5,000,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592374

BACA JUGA : Lebih RM48,000 digunakan untuk bayar gaji kakitangan Duta Khas setiap bulan – PM

COMMENTS

Wordpress (0)