Selepas tiga bulan anggota petugas barisan hadapan dalam kalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja tanpa cuti bagi memerangi Covid-19, akhirnya mereka berpeluang untuk berehat seketika.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan kepada semua pengarah, pesuruhjaya polis, ketua polis dan ketua polis daerah untuk mempertimbangkan pemberian cuti secara bergilir kepada pegawai juga anggota bawahan.
“Jumlah yang diberi kemudahan bercuti ini adalah mengikut budi bicara asalkan ia tidak merencatkan pelaksanaan tugas hakiki dan tugas khas Covid-19.
“Budi bicara ini juga mesti digunakan dengan mengambil peringatan bahawa perang menentang Covid-19 ini belum berakhir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Hamid, oleh itu, jumlah yang bercuti dan bekerja mestilah seimbang.
Berita penuh:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/588241/polis-dah-boleh-cuti