Tak Mampu Tanggung Kos Selenggara, Bangunan Umno Selangor Bakal Dijual


Bangunan UMNO Selangor khabarnya akan dijual atas alasan ketidakmampuan pengurusan Perhubungan UMNO Negeri Selangor untuk menampung kos menyelenggaraan bangunan itu.

Ketika sebilangan akar umbi UMNO sedang mengkritik tindakan rejim Pakatan Harapan menjual aset-aset negara kononnya untuk melangsaikan hutang dan memulihkan ekonomi negara, nampaknya kepimpinan UMNO Selangor kini juga mengambil tindakan seakan sama untuk menjual banguan tersebut dengan alasan kos penyelenggaraan dan pengurusannya di terlalu tinggi.

Bangunan UMNO Selangor yang merupakan sebahagian simbol kepada UMNO Selangor akan dimuktamadkan penjualannya dalam masa terdekat ini.

Amatlah menyedihkan apabila ternyata majoriti Ketua UMNO Bahagian dalam negeri-negeri Selangor akur dan bersetuju dengan penjualan bangunan ini.

Beberapa pemimpin akar umbi telah melahirkan kegusaran mereka mengenai penjualan ini yang didakwa dikepalai individu tertentu dalam UMNO Selangor.

Malah mereka juga dimaklumkan sedang menggerakkan kempen menghentikan penjualan bangunan tersebut dan bakal menganjurkan himpunan di hadapan bangunan itu tersebut sebagai tanda bantahan.