PH MASIH DIYAKINI RAKYAT TAPI BANYAK PERLU DIPERBAIKI




Kaji selidik Emir Research ~ Rakyat Masih Memilih PH, namun perlu banyak "homework" Untuk Terus Berkuasa

👉Golongan berpendapatan rendah bawah RM3,000 memilih UMNO dan Pas (45%)

👉Pendapatan RM3,001 hingga RM5,000 (51%) dan pendapatan lebih RM5,000 (52 %) memilih PH

👉Pendapatan kurang RM3,000 memilih PH (40%)

👉Pendapatan RM3,001-RM5,000 (31%) memilih UMNO dan Pas

👉Pendapatan RM5,000 memilih Pas dan UMNO (36%)

👉Berkelulusan Ijazah (56%) memilih PH

👉Berkelulusan Diploma (48%) memilih UMNO dan Pas.

👉Penduduk kawasan bandar memilih PH (48%)

👉Penduduk luar bandar memilih UMNO dan Pas (36%)

👉Bangsa Cina memilih PH (64%)

👉Bangsa India memilih PH (53%)

👉 Bangsa Melayu (53%) memilih UMNO Pas, Cina (12%) dan India (24%).

Dari petunjuk kaji selidik ini kita melihat, PH masih gagal menawan hati pengundi Melayu yang mana (53%) masih memilih Pas dan UMNO.

PH menjadi pilihan pengundi kawasan bandar, pengundi golongan M40, Cina dan India.

Kerajaan perlu melihat bahawa golongan M40 tidak boleh diketepi dalam mendapat manfaat dari peruntukan Kerajaan, kerana golongan ini adalah pengundi PH berbanding B40 yang mana majoriti pengundi UMNO dan Pas.

Manfaat disebutkan termasuk bantuan khas, subsidi petrol, bantuan persekolahan, dan apa difikirkan sesuai bagi menambat hati golongan ini terus memilih PH.

Tanpa menafikan kepentingan Kerajaan membantu B40, Kerajaan diingatkan jangan terlepas pandang golongan M40, jika ingin terus mendapat undi dan sokongan PRU 15, dengan  menumpukan golongan B40 semata tak memberi 'manfaat politik' besar kepada PH, kerana rata-rata golongan ini pengundi Pas dan UMNO.

Peruntukan dan sasaran bantuan Kerajaan, perlu dilihat turut dilibatkan golongan M40 dan bukan Melayu, penumpuan kepada golongan B40 semata, kita tak mampu merebut 53% undi Melayu yang memilih Pas dan UMNO, dan 38% pengundi luar bandar, kerana mereka masih bersama Pas dan UMNO.

Jalan terbaik perlu ditumpukan  PH, ialah memastikan peruntukan dan bantuan mesti dilihat dan dirasai golongan M40 selain mengekalkan tumpuan sedia ada kepada golongan B40, demi survival politik PH dalam PRU 15 akan datang.

~TOK AKI