Netizen Kecam Mereka Yang Menyebar Fitnah Gambar Yang Direka



Untuk kesekian kalinya, kononnya kerana tidak bersetuju dengan aksi lucah atau adegan hampir bertelanjang, kita berkongsi gambar jelik itu dalam media sosial, atas alasan menzahirkan penentangan.

Sedangkan kita sendiri tambah menyebarluaskan foto-foto tidak senonoh itu. 

Lebih buruk lagi bila turut berkongsi gambar yang direka, berunsur fitnah berniat jahat, memaparkan menteri agama asyik merenung foto lucah itu sambil berbaring, meskipun dengan kapsyen ia gara-gara mereka yang berimiginasi liar.

Hentikanlah tabiat buruk memanjangkan aktiviti jelek ini, kononnya atas niat baik mencegah kemungkaran.

Sumber : https://www.facebook.com/100040076353005/posts/150532446292633/