๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—œ๐—ก๐—œ


Sejak awal Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Putrajaya, YB Menteri jelas dengan pendirian dan dasar yang dibawa selari dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Dasar yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia dibukukan dalam Manifesto Pakatan Harapan PRU-14, dasar yang diperkenankan ke bawah Duli Raja-Raja Melayu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agam Islam, dan Mesyuarat Jamaah Menteri, diangkat menjadi Dasar Pentadbiran Islam Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan.

Adalah pelik mereka yang masih mempertikaikan dasar ini, sedangkan ia digarap dari pandangan tokoh maqasid dan pemikir Islam, serta ulama' kontemporari seperti Al-Juwayni, Al-Ghazali, As-Shatibi, Abdullah Ben Bayyah, Al-Qaradawi, Dr Jasser Auda dan ramai lagi.

Sumbernya jelas dari Quran sebagaimana firman Allah SWT :
ูˆَู…َุง ุฃَุฑْุณَู„ْู†َุงูƒَ ุฅِู„َّุง ุฑَุญْู…َุฉً ู„ِّู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ

Tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan sebagai Rahmat untuk sekalian alam
(Al-Anbiya' : 107)

Saya terbaca satu posting dibuat setengah pihak yang mempersoalkan usaha dan komitmen yang dilakukan YB Menteri Agama terhadap isu Melayu dan Islam yang dibangkitkan beliau melalui dapatannya dari satu kajian lapangan dibuat Emir Research.

Ingin dijelaskan komitmen cukup tinggi YB Menteri dalam menjalankan tanggungjawab menjaga portfolio Agama di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, terutama menjaga Islam dan Melayu.

Cuma diperlu difahami, apa yang sedang di bawa YB Menteri sekarang, pendekatan dalam konteks dan gaya Malaysia Baru, bukan pendekatan ala Pas dan UMNO, memomokkan isu perkauman dan Agama dijadikan semata modal politik bagi meraih undi.

Apa sedang di bawa YB Menteri lebih jauh dari itu, ke arah melahirkan sebuah masyarakat RAHMAH, saling hormat-menghormati satu sama lain dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa, Islam sebagai dasar dengan pendekatan Rahmatan Lil Alamin, berpaksikan Maqasid Syariah, berasaskan model Malaysia, yang mana akhirnya memberi manfaat kepada semua dalam sebuah Negara RAHMAH.

๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”-๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฌ๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

Mengambil contoh dalam soal menjaga kebajikan Guru KAFA, selain peruntukan elaun tahun 2019 melebihi RM400 juta, Tabung Kebajikan Guru KAFA dilancarkan sebagai manifestasi rasa prihatin YB Menteri terhadap golongan ini, dana permulaan berjumlah RM2.6 juta diperuntukkan.

Bagi tahun 2020, usaha menaikkan elaun Guru KAFA alhamdulillah tercapai dan Kerajaan meluluskan kenaikan elaun Guru KAFA sebanyak RM100.00 sebulan. Pertambahan elaun ini akan disemak, dan akan dilihat apa lagi ruang yang ada bagi membantu Guru KAFA tahun berikutnya.
Kejayaan Pentadbiran Islam di bawah YB Menteri tidak terhenti di situ, ia berterusan usaha mengangkat martabat perundangan Islam di Malaysia.

YB Menteri mengumumkan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dalam tempoh dua tahun. Bagi mereka yang sudah biasa dengan institusi perundangan Islam di Malaysia, sudah tentu ingatan kita terbawa kembali kepada memori Almarhum Tan Sri Prof Ahmad bin Ibrahim, tokoh perundangan besar dalam sejarah negara kita dan juga seorang tokoh akademik disegani.

Almarhum adalah tokoh dikenali suatu ketika dahulu berusaha mengangkat martabat Mahkamah Syariah ke suatu tahap yang tinggi bersama-sama tokoh lain seperti Prof. Awang Mahmud Bin Saedon, dan Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman.

Antara perjuangan beliau, usaha mengangkat taraf Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil, alhamdulillah ia berjaya selepas pindaan Fasal 121(1)(1A) Perlembagaan Malaysia, kesannya Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 1989.

Meskipun ada beberapa kelemahan yang ada, namun pindaan ini sedikit sebanyak membantu meletakkan Mahkamah Syariah ke suatu tahap yang lebih baik.

Almarhum Prof Ahmad pernah mencadangkan satu Jabatan khusus bagi menyelaras dan menyusun perjalanan pendakwaan syariah di Malaysia, cadangan ini bagaimanapun tidak disambut pentadbiran Kerajaan lalu.

YB Menteri memecah kembali idea ini, mengumumkan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia, satu lagi usaha Kerajaan mengangkat pentadbiran Mahkamah Syariah dan Perundangan Islam ke tahap lebih tinggi.

Terdahulu difahamkan, beliau juga umumkan beberapa usaha memartabatkan perundangan Islam di Malaysia dengan meluluskan Akta Profesion Guaman Syarie 2019, satu kejayaan kepada para peguam syarie yang beramal di Wilayah Persekutuan, setelah mereka menunggu hampir 30 tahun agar Akta ini diluluskan.

Usaha memperkemaskan Mahkamah Syariah diberikan tumpuan khusus dengan penubuhan Mahkamah Khas Hadanah dan Nafkah, bagi mempercepatkan kes nafkah isteri dan anak-anak diceraikan bekas suami, dan pertikaian hak penjagaan anak-anak antara kedua pihak.

Selain itu, usaha dan kajian berterusan dijalankan mencari kaedah terbaik menguatkuasakan perintah Mahkamah Syariah, antara lain kuasa sehingga dapat menyita akaun bekas suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak.

Usaha untuk menyeragamkan perundangan jenayah syariah di negeri-negeri terus berjalan, alhamdulillah buat pertama kali satu Kod Etika Pegawai Agama 2019 diperkenalkan bertujuan memandu penyelarasan pegawai pendakwaan syariah negeri-negeri.

Semua usaha disebut di atas, sebahagian dari perancangan dan objektif disasarkan Menteri Agama dan Kerajaan demi mengangkat martabat perundangan syariah di negara kita.

Semoga usaha ini menjadi kenyataan, berjaya dilaksanakan bagi memastikan institusi perundangan syariah di negara kita diangkat ke tahap lebih profesional dan tinggi.

๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—›๐—œ๐—ก๐—”???

Kerajaan tegas menangani isu penghinaan Agama terutama melibatkan media sosial, satu talian khas diwujudkan melalui JAKIM, menerima aduan dan disalurkan kepada pihak berkuasa seperti PDRM dan SKMM untuk tindakan tegas.

Data dikeluarkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama JAKIM, sebanyak 5000 aduan diterima, 53 tindakan telah diambil, dan hukuman lebih berat dikenakan seperti kes Wai Foo Sing, Yazid Kong Abdullah, Danny Anthony, Alvin Chow Mun Fai.

Ini kayu ukur ketegasan kerajaan menangani isu penghinaan Agama, dimana terancamnya Islam jika Kerajaan berusaha sebaiknya memastikan isu Agama tidak dipermainkan oleh rakyat negara ini.
Islam terancam dan dihina adalah satu mitos, adakala tenggelam, kemudian timbul semula dalam politik negara kita.

Fundamental teras kewujudan negara Malaysia perlu difaham dengan jelas, Islam sudah terjamin di bawah Perlembagaan, Islam agama rasmi Persekutuan terkandung dalam Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan.

Keduanya, Islam diberikan tempat yang tinggi di setiap negeri di Malaysia, pentadbiran Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri dan Ketua Agama, Raja-Raja Melayu.

Ketiga, setiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang dipengerusikan Tuanku Sultan atau Raja Muda, MAIN mengawal dasar dan polisi menjaga Islam dan adat istiadat Melayu, Jabatan Agama Negeri pula bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi tersebut.

Keempat, peruntukkan khusus dalam perlembagaan tentang pengawalan dan pengembangan agama-agama lain di bawah Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan dan juga Enakmen-enakmen Negeri.

Kelima, komposisi Ahli Parlimen Melayu Islam di parlimen sekarang mewakili 60% jumlah keseluruhannya, komposisi Jamaah Menteri, iaitu 31 Melayu Islam dan 18 bukan Melayu.

๐——๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐— ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐— , ๐—ง๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—š๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ?

Bukankah yang terancam ialah politik kepartian pembangkang tertentu, yang kehilangan sokongan setelah melihat kejayaan demi kejayaan Kerajaan PH dalam memastikan pentadbiran Islam di Malaysia terjaga dan terpelihara.

Apabila kita membuat perbandingan apa berlaku di bawah Pakatan Harapan, terutamanya dalam hal ehwal pentadbiran Islam, kita melihat sesuatu berbeza dengan apa sebelumnya, misalnya peruntukan diberikan Kerajaan kepada pentadbiran Islam jauh lebih tinggi dengan apa diperuntukkan Kerajaan sebelum ini.

RM1.2B diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 berbanding RM1.1 billion pada tahun 2018. Tahun 2020 ia ditambah lagi menjadi RM1.3B, meningkat RM100 juta berbanding tahun sebelumnya.

Peruntukan Sekolah Tahfiz RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta, Institusi Pondok RM 25 juta dan RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita tahunan.

Panjang jika kita hendak catatkan kejayaan demi kejayaan dilakar di bawah YB Menteri sepanjang diberi tanggungjawab memegang portfolio Agama. Cukuplah saya senaraikan di bawah ini antara kejayaan di bawah Pentadbiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam memperkasa Institusi Agama Islam di Malaysia.

☑ Selamatkan Tabung Haji dari mengalami Defisit Kewangan berjumlah RM10 billion

☑ Peruntukan mengurus dan pembangunan Islam di Malaysia ditambah dari RM1.1 billion pada 2018 kepada RM1.2 billion pada tahun 2019.

☑ Peruntukan tambahan kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi Pondok berjumlah RM25 juta

☑ Tambahan peruntukan sebanyak RM11. 8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan Bantuan Per Kapita

☑ Peruntukan RM2. 4 juta untuk Pembelajaran Agama dengan Penggunaan Braille
☑ Peruntukan RM800 ribu untuk Progran MyINSANIAH

☑ Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC

☑ Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac 2019 bersetuju Gagasan Negara Rahmah berteraskan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran negara.

☑ Menubuhkan talian khas Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada penahanan dan pendakwaan di Mahkamah beberapa individu seperti Yazid Kong Abdullah, Danny A'antonio Jr, Ayea Yea dan banyak lagi

☑ Data kes Penghinaan Agama diterima :
➡1157 terhadap agama Islam
➡25 kertas siasatan telah dibuka
➡8 kes dihadapkan ke mahkamah
➡26 pertuduhan dikenakan
➡3 kes mengaku salah dan disabitkan
➡5 kes tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

☑ Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati salah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH ambil alih pentadbiran Kerajaan sebelum ini.

☑ Memperkenal dan melancarkan model Masjid Rahmah yang dijadikan model masjid yang mesra jamaah dan pengguna

☑ Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya

☑ Mempertahankan kewajaran subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta meskipun Tabung Haji mengalami krisis kewangan yang sangat teruk dengan usaha keras mencari sumber yang boleh diguna menampung subsidi haji tersebut

☑ Memperkenalkan Mahkamah Khas untuk memastikan kes Nafkah dan Hadhanah dapat didengar dan tindakan segera

☑ Menubuhkan Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi

☑ Menghantar para hakim syarie ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda' di sana serta mendapatkan pengalaman tentang mahkamah dan perlaksanaan hukum syara' di sana

☑ Sidang Meja Bulat Maqasid Syariah berkaitan isu-isu Agama, Perundangan dan Tatacara bersama para ulama', cendiakwan dan ilmuan Islam secara bulanan

☑ Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti Dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama' tanahair dari masa ke semasa.

☑ Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara Rahmah kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, Universiti Awam dan masyarakat

☑ Sesi penerangan Dasar Rahmatan Lil Alamin ke setiap Kementerian bagi menjelaskan dasar yang telah diputuskan Kabinet untuk dijadikan Dasar Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan

☑ Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga Alam Sekitar (Alami), Hormat-Menghormati satu sama lain, yang berterusan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri

☑ Kempen dan Solidariti Kedamaian sempena isu kemanusian seperti apa berlaku di Christchurch New Zealand.

☑ Program Foodbank kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan mesin Foodbank diletakkan di masjid tertentu bagi memudahkan Asnaf mendapatkan perkhidmatan tersebut

☑ Sidang Meja Bulat Bersama Ulama' dan Panel Pakar bagi Membincangkan Isu Semasa Bersama diadakan 2 bulan sekali

☑ Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia - Bosnia Herzegovina (MBTCA) selaku Menteri bertanggungjawab bagi hubungan langsung malaysia - bosnia herzegovina dalam rangka pengembangan pendidikan islam, perdagangan muslim dan industri halal

Dan ini pula ringkasan dari kejayaan demi kejayaan dilakukan untuk Tahun 2019…

๐Ÿ”ด Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia

๐Ÿ”ด Menggubal dan diluluskan parlimen Akta Profesion Guaman Syarie 2019

๐Ÿ”ด Mewujudkan Mahkamah Khas Hadanah dan Nafkah

๐Ÿ”ด Memperkenalkan Kod Etika Pegawai Agama 2019

๐Ÿ”ด Mewujudkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama, JAKIM menangani isu penghinaan Agama.

๐Ÿ”ด Peruntukan RM50j kepada sekolah agama kerajaan, RM50j kepada sekolah agama rakyat, RM50j untuk Institusi Tahfiz dan RM25j untuk Pondok Berdaftar

๐Ÿ”ด RM2.6j dana permulaan Tabung Kebajikan Guru KAFA

๐Ÿ”ด Meminda dan diluluskan parlimen Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Pengawalan Sekolah Agama dan Institusi Tahfiz)

๐Ÿ”ด Mewujudkan Mahkamah Fast-Track Kes Perceraian di Mahkamah Syariah

๐Ÿ”ด Memperkenal Model Masjid Rahmah

๐Ÿ”ด Mewujudkan Program Asnafpreneur dengan kerjasama MAIWP-SMIDEC

๐Ÿ”ด Townhall Penerangan Dasar Rahmatan Lil Alamin ke Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, IPT dan Negeri.

๐Ÿ”ด Himpunan Solidariti Kedamaian 2019 bersama pelbagai kaum dan agama

๐Ÿ”ด Mewujudkan Food Bank JAWI dan YaPEIM

๐Ÿ”ด Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia-Bosnia

๐Ÿ”ด Menaikkan elaun guru KAFA RM100.00

๐Ÿ”ด Dasar Rahmatan Lil Alamin diluluskan kabinet sebagai Dasar Pentadbiran Islam Kerajaan setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu dan MKI.

๐Ÿ”ด Peruntukan Hal Ehwal Islam 2020 naik RM100j kepada RM1.3B

๐Ÿ”ด Memperkenalkan konsep Tahfiz Agro

๐Ÿ”ด Memperkenalkan nilai RAHMAH melalui Karnival Rahmah 2019

๐Ÿ”ด Kerjasama bersama FAMA membantu Asnafpreneur untuk terlibat dalam program pasaran produk mereka

๐Ÿ”ดHalafest 2019 yang melibatkan penglibatan Asnafpreneur sebagai peserta

๐Ÿ”ด Penerbitan Buku RAHMAH dan manual rujukan Dasar Rahmatan Lil Alamin

๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ. ๐…๐ˆ๐Š๐‘๐ˆ ๐€๐๐ƒ. ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐
๐Š๐€๐๐”๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡