Pembangkang Yang Mengecewakan



Dulu bila PH jadi pembangkang, setiap tahun akan ada budget alternatif untuk rakyat lihat kesungguhan PH hendak menjadi kerajaan. Tapi bila UMPAS jadi pembangkang, mereka bukan sahaja tiada budget alternatif, yang mereka tahu hanya memain isu perkauman sempit dan agama. Sebab mereka tahu di dalam lubuk hati mereka belanjawan PH kali ini adalah lebih bagus dari apa yang BN boleh buat disamping kekangan kewangan termasuk la terpaksa bayar hutang 1MDB peninggalan Najib

Dari menantu tuan guru hadi ( self-claim pakar kewangan Islam) yang cuba bermain dengan sentimen bangsa lepas tu delete status dan pensyarah Muien "Tajuk" Abadi yang bangga kata PH melalui khazanah jual asset negara; yang dia tak cakap khazanah jual & beli asset tu mmg core business dia kalau tak macam mana nak dapat untung? Ini bukan khazanah zaman Najib yang jual beli aset nak cover-up 1MDB. Jenis orang macam ini bila dibacakan kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa, dia hanya akan cerita part yang Nabi Khidir bunuh kanak-kanak, bocorkan perahu dan membetulkan dinding rumah kaum yang zalim pada mereka tanpa menerangkan hikmah perkara-perkara tersebut terjadi. Dia menyembunyikan ilmu demi kepentingan dunia dan peribadi. Yang peliknya orang macam ini boleh self-claim pakar sains politik walhal dia sendiri lari dari disiplin ilmu.

Itu tak termasuk ulama Dr UMNO Fathul Bari yang fitnah kata PH bagi budget ikut bangsa; ironic yang dia sendiri datang dari United Malays National Organization. Bila Najib dengan Cina Jho Low tipu duit orang melayu miskin, mana suara sang ulama UMNO tadi? Yang belanjawan pembangunan Islam naik 100juta dia tak nak komen, termasuk la kenaikan 100 ringgit elaun kafa. PAS terengganu sendiri pun potong elaun KAFA; sembang Islam memimpin tapi nak mengurus negeri sendiri pun failed. Najib tak payah cerita la, hasil tangan dia 2.7billion hutang 1MDB rakyat kena bayar; dalam mahkamah play victim kata dia mangsa penipuan Jho Low. First time dalam sejarah mangsa penipuan boleh ada duit berbilion2 dalam akaun peribadi. Anyone op untuk di tipu?

Ingat nasib baik Najib kalah, kalau tak berapa billion pula akan di bagi pada Permata Rosmah Mansor yang tak di audit. Inilah kepentingan kenapa jawatan perlu di beri pada orang yang layak. Kalau pemimpin itu jujur, Allah akan permudahkan urusan negara. Walaupun budget ini bukanlah semuanya sunshine and rainbow macam subsidi minyak bersasar yang mana bagi saya akan ada ripple effect; tapi kita kena melihat isu ini dari sudut holistik; You gain some, you lose some. Kalau banyak peruntukan untuk subdsidi dan pengurusan, ini bermakna budget pembangunan terpaksa dikurangkan. Dia kena ada titik tengah yang tepat untuk dapat budget yang seimbang dari pengurusan dan pembangunan.

Macam contoh belanjawan isi rumah kita la, kalau 95% habis tuk dapur, bil2 dan hanya 5% sahaja untuk pendidikan anak-anak, memang la anak-anak happy sekarang boleh makan mewah etc, tapi kalau 10 tahun lagi bila depa nak masuk universiti, duit yangt 5% tadi yang depa akan guna untuk bayar yuran pengajian di universiti. Kalau 100% duit habis kat barang dapur, nanti lepas 10 tahun bila nak masuk universiti dah tak ada duit. Kadang-kadang kita kena tengok benda bukan takat depan mata, tapi beyond that as well baru masa depan anak-anak kita cerah. Kalau pun kita sekarang ini hidup selesa, tiada jaminan yang anak-anak kita akan dapat warisi kesenangan kita kalau mereka tiada Ilmu. Kalau tak nanti mereka akan jadi lah pentaksub yang mudah di cucuk ke sana sini oleh penjual agama dan bangsa yang ada kepentingan diri sendiri.

WAllahualam.

Mohd Sharif Mohd Mukhlis