Pendirian Tun M dan Dr Mujahid Jelas Zakir Naik Tidak Dihantar Pulang


Perdana Menteri Tun M mengulangi ketegasan kerajaan Malaysia tidak akan menghantar pulang pendakwah bebas Zakir Naik ke India.

Pendirian ini jelas sejak awal lagi beliau boleh berada di negara untuk menjalankan kerja dakwah selagi mana beliau patuh kepada peraturan dan undang-undamg negara ini serta tidak mencetuskan masalah kepada masyarakat dan negara ini.

Ketegasan ini juga adalah pandangan YB DS Mujahid Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bersama dengan keputusan YAB PM untuk Zakir Naik berada di Malaysia tidak dihantar pulang menafikan sebagaimana dakwaan sesetangah pihak termasuk pembangkang bahawa YB Menteri dan kerajaan akan menghantar pulang Zakir Naik ke India.

Polemik dan kotroversi pendakwah tersebut mula tercetus ketika beliau dalam satu siri program di Kelantan menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia juga mencetuskan isu agama yang menyebabkan beberapa pihak kurang senang dengan ucapan tersebut.

YAB PM kemudiannya memberi amaran supaya Zakir Naik tumpukan kepada aktiviti dakwah beliau, jangan mencampuri urusan politik dan perkauman di negara ini.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Mujahid juga menasihatkan Zakir Naik supaya berhati-hati tidak.mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan dan mengganggu perpaduan rakyat Malaysia.


Pendirian PM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini selari iaitu Zakir Naik akan terus berada di Malaysia sesuai dengan statusnya sebagai Penduduk Tetap tetapi pada masa sama beliau mesti menjaga dan berhati-hati agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan polemik kepada isu perkauman dan agama.