𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐐𝐮𝐫𝐚𝐢𝐬𝐡 ?



Balik dari makan tadi, baru perasan ada sahabat tag Video Ucapan Dr Maza berkenaan kepimpinan mesti dari Quraish.. Tapi aku tonton video pendek berkenaan Kepimpinan Quraish di Malaysiakini, takda masa nak dengar Dr Maza melalut panjang...

Kalau nak ikut lafaz hadis Pemimpin mesti dilantik dari Quraish untuk mewajarkan konsep Ketuanan Melayu..Takda beza Dr Maza dengan Hj Hadi dan Presiden ISMA.. depa dah lama pergunakan hadis tu..mereka menggunakan Dalil yg sama.. Dr Maza bacakan Hadis..

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ..

“ pemimpin itu dari kalangan Quraish”

(Riwayat Ahmad)

Memang ada hadis yang mengatakan Kepimpinan itu wajib dari Quraish kena difahami dalam konteks yang betul.. bukan ikut naratif perkauman dan Ketuanan Melayu PAS dan UMNO....

kalau nak ikut faham secara literal, tekstual Hadis tu.. Kat Malaysia ni pun kena lantik orang Arab Jadi Sultan, Jadi Perdana Menteri.. Tapi Hadis harus difahami dengan tepat.. Bukan ada satu hadis, Ulama dah bahas..

Ada Hadis tentang kepimpinan mesti dari kalangan Ahlu Bayt (Keturunan Saidina Ali) seperti padangan Syiah yang membenarkan konsep Imamah dan Al Wilayah depa dalam konteks kefahaman mereka tentang perkataan "Mawla"....puak Syiah guna hadis ini dalam konsep Imamah..

مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَهَذَا وَليَّهُ, اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ.

Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (‘Ali) walinya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.,

Kata Ibnu Khaldun dalam Kitabnya Muqaddimah.. Antara tujuan, prinsip perlantikan Quraish itu, Antara Ashabiyah yg dibenarkan itu disebabkan menjaga Maslahah, dan dominasi masyarakat dalam sesebuah negara itu..ia merujuk Uruf setempat.. kata Ibnu Khaldun..

فإذا ثبت أن اشتراط القرشية إنما هو لدفع التنازع بما كان لهم من العصبية والغلب

“antara sebab Syarat Quraish itu adalah bagi menghindari dari perbalahan memandangkan mereka keturunan yang mendominasi Masyarakat.. "

Jelas di dalam menjaga Kestabilan.. Malaysia Menggunakan Konsep yang sama, hatta kedudukan Sultan dan Raja raja Melayu , Perdana Menteri itu menepati kedudukan Wizarah tafwidh, Wizarah tanfiz dalam Perbahasan Kitab Al Ahkam Al Sultaniyah karangan Imam Al Mawardi..

2- Di MALAYSIA , HAK MELAYU DIPELIHARA LEBIH QURAISH DARI QURAISH..

Untuk Pengetahuan Dr Maza, jangan lah melalut sangat, Konsep dominasi, Konsep kepimpinan dalam hadis itu dah dilaksanakan di Malaysia.. Takda kena mengena soal ketuanan melayu.. tanah ini milik melayu.. sampai dah tak kenal beza Dr Maza ngan Ibrahim Ali bila cakap mcm tu..

DAP dan bukan Islam pun dah diikat dengan konteks Quraish tu di Malaysia.. Nak tau Apa Dia ?

Antaranya Hak Kedaulatan Raja Raja Melayu, hak Keistimewaan orang Melayu, Islam agama Persekutuan, Semua dah tertulis dalam Perlembagaan..

dan Semua negeri yang majoriti Melayu syarat jadi MB mestilah Melayu (Bumiputera), Takda masalah.. DAP setuju.. orang Kapir bukan islam setuju..

Dekat Perak ni, Adun Perak, 2/3 adalah dari DAP.. Hampir 20 Kerusi DAP.. PKR dan Amanah tak sampai 10, tapi yang jadi MB adalah Adun dari Bersatu Peja (Faizal Azumu) walaupun hanya ada 1 kerusi.. Sebabnya apa ? Konsep Quraish dan Dominasi itu digunakan pakai... Biarpun DAP paling ramai adun dia, Syarat MB masih Melayu Bumiputera..

Di Putrajaya.. walaupun syarat lantik Perdana Menteri tidak semestinya Melayu Bumiputera... PKR ada lebih 40 kerusi, DAP 40 Kerusi, Sabah Sarawak 20 Kerusi.. Tapi yang dilantik jadi PM adalah Tun Mahathir dari bersatu yang hanya ada 13 kerusi, atas sebab apa ? Sebab Konsep Quraish tu lah.. Sebab Qawwi Al Amin..Konsep Dominasi Kaum, waqi' kita Di Malaysia..

Hatta baru baru ini, Jadi spekulasi antara sebab YDP Agong, Sultan Kelantan letak jawatan.. sebab dikatakan syarat pelantikan Raja Perempuan Kelantan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri adalah mesti bangsa Melayu.. sampai macam tu, Syarat jadi Raja Perempuan pun mesti Melayu, bukan takat Islam.. punya lah hebat Melayu dari Quraish..

Jadi selagi mana Bukan islam berpegang kepada Perlembagaan.. Mengakui hak Keistimewaan orang melayu.. Kuasa Raja Raja Melayu... Sebenarnya Konsep Quraish itu dah dilaksanakan dengan jayanya..

Jangankan disebabkan batang tubuh Zakir Naik.. Seorang Rakyat India.. pasal isu Jawi, Dong Zong yang takda kena mengena.. nak kait dengan hadis Nabi kena pilih Quraish.. nak jadi juara Ketuanan melayu.. melalut tanah ini milik Melayu..

Sudah sudah lah berbohong hanya kerana nak pertahankan batang tubuh Zakir Naik.. belajar Khat Jawi dan wajib pertahan Zakir Naik tak wujud dalam perlembagaan.. boleh terima, boleh tolak..

Jangan risau, hak melayu.. hak orang Islam masih terjaga.. takda sapa dihalang belajar jawi, belajar Agama atau melaksanakan apa apa Ibadat dan rukun dalam Islam.. lebih 30 ribu tahun ni pergi haji, Seorang Kapir pun tak halang.. Sudah sudah lah tu melalut.. Akhirnya Dr Maza rebah dipangkuan Haji Hadi dan kelompok Ashabiyah hanya kerana pertahan Zakir Naik..

Pepatah Melayu dulu sebut sebab Nyamuk seekor Kelambu Di Bakar, jangan nanti orang kata, Sebab Zakir Naik.. Malaysia dibakar.. :)

Ipohmali