Tun Mahathir Negarawan yang paling layak bercerita tentang Perpaduan Ummah

Bila Tun Mahathir mempelawa UMNO untuk kuatkan Kerajaan, Bagi aku itu satu tindakan yang bijak.. dan itu Memang tugas seorang negarawan dan Pemerintah.. tawaran Perpaduan Ummah ini hanya layak bagi mereka yang menguasai dan menjadi Kerajaan..apalagi dia adalah ketua Negara..

Pelawaan itu bukan lah perkara baru bagi Tun M..Tun Mahathir pernah mempelawan PAS selepas PRU 1999..walaupun dalam kehangatan Demo bebaskan Anwar dan gelombang reformasi menentang pentadbiran Tun Mahathir pada ketika itu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor ketika itu menyambut pelawaan Tun Mahathir, Sepentas dalam isu Ummat Islam melibatkan Palestine walaupun ada dikalangan orang Islam menentang nya.. Almarhum Ustaz fadzil tidak bagi jawapan menghina atas pelawaan tun Mahathir..

Selepas PRU 13, Selepas himpunan Blackout 505, Ds Anwar juga mengambil langkah yang sama, demi Negara.. Sebagai ketua Pembangkang yang bertanggung jawab, Anwar pada ketika itu menawarkan Konsensus Nasional dengan Najib bagi tujuan mereformasikan Institusi Kerajaan... ketika itu PAS menolak pelawaan dan idea Konsensus nasional Ds Anwar..

Masa tu orang tidak faham kenapa Haji Hadi menolak dan menjauhkan diri dari Ds Anwar dan pakatan Rakyat.. rupanya pada ketika itu Hj Hadi sudah ada hubungan dalam gelap dengan Najib.. dan Haji Hadi mencemburui idea Konsensus nasional hanya kerana usaha itu tidak diketuai parti PAS..

kelompok PAS masa tu menuduh Ds Anwar meniru idea kerajaan Perpaduan dari haji Hadi, tetapi ia berbeza sama sekali.. Idea Kerajaan perpaduan itu melacurkan prinsip kebersamaan dalam Pakatan Rakyat,

apa yang dilakukan Hj Hadi dari tahun 2008 bersama Nasasruddin mat Isa dan Hassan Ali, ia dilakukan dalam gelap, sama seperi hubungan gelap mereka sebelum PRU 14...ini bukan gambaran negarawan, tetapi pelacur politik.. Tahun 2008 dalam gelap mereka berbincang menubuhkan Kerajaan perpaduan di perak tanpa pengetahuan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan majlis Syura..apalagi rakan dalam Pembangkang..

Itu sebabnya Tok Guru Nik Aziz begitu marah kepada Nasaruddin Mat Isa dan Haji Hadi.. Ingat lagi Dialog Almarhum Tok Guru Nik Aziz bila ditanya tentang Kerajaan Perpaduan,.. Saya tidak tahu, Majlis Syura tidak tahu..PAS tidak tahu.. Pakatan rakyat pun tak tahu, Macam nak kata ini agenda Perpaduan, Ini agenda Pemecahan..

Barang kali depa ingat pelawaan Tun Mahathir tu macam perpaduan Ashabiyah PAS dan UMNO..tidak sama sekali.. tidak ada siapa boleh halang perpaduan PAS dan UMNO..teruskan.. tetapi Tun Mahathir sebagai ketua Negara layak mengajak semua parti, Pemimpin bersama kembali membina semula Negara..

ia pernah dilakukan Fatah dan hamas, Dan itu juga dilakukan Jokowi di Indonesia, Bagaimana Jokowi selepas Pilpres menawarkan kepada kem Probowo untuk sama sama dalam pentadbiran membina Negara Indonesia..tidak ada manfaatnya berpolitik sepanjang masa.. Minggu lepas berlaku pertemuan Jokowi dan Probowo di dalam MRT di Jakarta walaupun mereka bersaing sengit dalam Pilpress 2019.. memang itulah Politik dan, memang sifat seorang negarawan..

Soal PAS mereka terima atau tidak, selera atau tidak.. itu tidak menjadi masalah.. tak menjadi kudis bagi Kerajaan Tun Mahathir..memang kita tahu, Selera Haji Hadi dari dulu hanya kepada insan dan kekasih berbibir merah yang selama ini menjamu hidangan enak untuk haji Hadi dan rakan rakannya.... memang itu yang menyelerakan Haji Hadi sejak dulu..

Sebagaimana ungkapan peribahasa arab yang sering disebut Sheikh said Ramadhan Al Bhuti ketika mengajak ummat Islam bersatu menyelamatkan bumi syria......

متى يبلغ البنيان تمامه.. اذا كنت تبنيه وغيرك يهدم..

Bila akan terbina sempurna binaan nya, Bila kita berusaha membinanya, yang lain cuba meruntuh dan merosakkanya..

 Ipoh Mali