SUNTINGAN SUCASA TULEN???

Makin keliru bila KPN jelaskan video seks songsang Haziq adalah video tulen sedangkan bukti suntingan dan video pelakon asal telah dirampas di Ops Centre Sucasa Jln Ampang. Maka apakah tulen yang dimaksudkan???

1. Tulen tidak bermaksud video tersebut ‘ori’ kerana jika ianya ‘ori’, ia boleh mengesahkan pelaku dalam video. Video ini tulen, namun tidak dapat mengesahkan pelaku, maka ianya bermakna video itu ‘tidak ori’.

2. Apa beza video tulen dan video ori??? Video tulen yang dinyatakan oleh KPN adalah video yang telah diedit, dipotong, ditokok tambah dan diubahsuai supaya ianya boleh disebar dalam bentuk whatsapp selama beberapa minit sahaja. Video ‘ori’ adalah video asal atau ‘raw video’ yang mungkin dalam tempoh yang lebih panjang, 30 minit atau 1 jam. Hanya video ‘ori’ yang boleh mendapat ketepatan forensik.

3. Maka, apabila video ‘ori’ yang panjang tadi diedit, dipotong, ditokok tanbah dan diubahsuai menjadi lebih pendek dan menyerupai orang lain disebarkan, video itu telah menjadi ‘video tulen’ kerana tidak dapat diselidiki tahap pengubahsuaian dan penyuntingannya.

4. Sebab itu, mana-mana mahkamah dalam dunia juga tidak akan boleh menjadikan ‘video tulen’ tadi sebagai bahan bukti memandangkan ianya dianggap sebagai ‘sumber sekunder’ dan bukan ‘sumber primer’. Hanya Haziq tahu video ‘ori’ dan pelakon asalnya. Malangnya Haziq dah buang bersekali dengan Iphonenya sebab takut diketahui sumber rakaman dan pelakon asalnya ;)

Peringatan:- Bukit Gasing jangan cepat sangat stim sebab video ‘tulen’ itu pendek. Pendek maksudnya tak power sebab yang power adalah yang panjang dan boleh mengesahkan pelaku...kah kah kah

Tok Aki Serba Tau..