Siapa PM Selepas Tun Mahathir?

Saya terbaca komen dari wall kawan saya yang kata kalau “Aljubs” jadi PM ganti Tun, dia nak stop sokong PH. Kalau dia tulis Pak Syeikh ka, Abg Non ka, that is fine, tapi bila dia tulis Aljubs, saya tahu dia merujuk pada perkataan al-juburi, yang mana dia sendiri telah automatik jatuh pada dosa qazaf. Ia juga adalah cerminan jiwa yang sakit dan akhlak yang kurang baik dan biasanya orang yang macam ini tidak tenang sebab he\she cannot make peace with the past. Yang saya tengok perangai yang suka melucah macam ini ramai dari parti Isle and not surprisingly dari some of people dari parti bunga raya (DNA UMNO) dan ada sebilangan dari PKR (kem kartel).

Nak cerita pasal sokongan, I’ve been actively involved in political event for almost 10 years. Start dari Bersih2, Bersih 3 sampai Bersih 5 semuanya saya hadir sebagai peserta. Makan asap gas pemedih mata, air semburan FRU semua jadi kenangan manis waktu demo. Semua itu dari ahli PAS kepada sekarang ahli Amanah. Walau pun PAS boikot Bersih 4 & 5 sebab Tuan Guru seronok makan dedak Najib, saya tetap hadir sebab saya rasa “it is the right thing do do”; itu lah gunanya akal yang Allah bagi. Pra-Pru lepas pun saya sendiri daftar diri jadi agen PACA yang mana di sertai oleh 20 ribu komrad-komrad ahli PACA PH seluruh negara; tanpa mengharapkan satu balasan pun.

Bila PH secara consensus lantik Tun M jadi PM, its hard for me to swallow at first , tapi yang bantah siapa? Kartel Azmin melalui Zuraidah. Siap Zuraidah kata Tun M terlalu tua nak jadi PM yang konon2nya nak suruh lantik Azmin jadi PM, padahal waktu tu Kak Wan jadi presiden.

Yang tak sabar nak jadi PM ni Azmin sebenarnya, walaupun dia tau he is incompetent dan tak ada support pun. Percayalah, no one in DAP will vouch for him to be PM dan juga Amanah. Amanah Selangor dan Bersatu Selangor sendiri tau perangai Azmin waktu PRU lepas di Selangor. Never Forget 3 types of people in your life. Who helped you in tour difficult times. Who left you in your difficult times. Who put you in difficult times.

Ingat macam mana dia sailang kerusi Amanah/Bersatu sebab apa? Sebab kemaruk nak jadi MB Selangor. Selangor ada 56 seat dun, Bila PKR bertanding lebai 22 seat, dia confident dapat jadi MB sebab dia tau Amanah/PPBM dan DAP tak setuju dia jadi MB. Menang aje Selangor, terus jumpa istana mintak lantik dia jadi MB padahal PKR Kak Wan ada calon lain. Siap bertanding kerusi parlimen lagi. Lepas tu bila Tun nak bentuk cabinet, dia pula boleh bodek jadi Menteri ekonomi dan letak MB boneka yang baharu. Sorrylah, MB boneka ni kalau tanya rakyat Selangor, sorang pun tak kenal, jaga team bola Selangor dulu pun gagal.

Ni lah masalah dengan kartel, mereka tamak kuasa dan hanya pegang dengan duit. Tengok mamat yang kantoi rumah macam Disneyland lepas tu pakai #demirakyat. Tu semua anak buah Zuraida. Dapat kuasa melalui duit ni tak lama. Tengok yang kes 26 ahli MPP sign surat tegur Anwar, esok ada 2 MP dari Borneo u-turn ada kat PC Anwar. Padahal apa yang Anwar cakap tu betul, kalau undang-undang kata dia salah, kenalah letak jawatan, takkan kalau bersalah nak suruh main guli dalam kementerian ekonomi?

Believe me, I am so disgusted to even discuss on gutter video, but politics is all about perceptions. Sekarang ini rakyat sendiri dah kurang percaya pada kemampuan PDRM dan SPRM lepas lantikan terus. Benchmark dia ialah Jho Low dan Kes 90 juta. Kalau dalam masa beberapa bulan terdekat ini Jho Low masih tak dapat di tangkap dan sorang lebai pun tak sangkut kes 90 juta, maknanya lantikan mereka berdua adalah cover-up dan bukan a good strategic move.

Lepas tu kartel ada buat theory yang kata Haziq di bayar berjuta-juta dah hanya dapat 300K. Pastu bila tanya dia, jadi betul la Menteri tersebut dalam video, penyokong kartel nafi. Tapi depa kata Haziq dapat juta-juta, kalau Haziq mengaku buat dengan patung etc, siapa yang nak bayar juta-juta to begin with? Lepas tu kalau Haziq menipu, patut diheret terus ke mahkamah. Tu lah fungsi mahkamah, bukan menyorok belakang PM dan KPN. Kalau Haziq di saman, saya dan ramai penyokong PH akan berdiri teguh di belakang Menteri sebab penyokong PH bukan spesis walaun PAS; kami golongan yang berfikir.

Nak buat analisa politik pun kena ada asas. Unless kalau anda, pensyarah politik sains UKM yang buat kesimpulan analisa hanya dari tajuk media outlet. Tak ada beza kalau dalam data sains, nak pakai module matematik yang mana contoh nya “Linear Regression” atau “Polynomial Regession” . At least bila orang start persoalkan accuracy data awak dan kenapa awak pilih model matematik tersebut, awak boleh jawab. Boleh buat cerita kata DSAI desperate sebab Tun nak buat cabinet reshuffle dan nak lantik Azmin jadi TPM, so bila kes ini terbongkar, Mukhriz is next in line jadi TPM.

Tuan-Tuan, berkhayal tak kena bayar, berangan tak kena cukai. Kalau anda percaya dengan berita macam ni, anda juga mesti percaya yang Pak Arab derma Najib berbilion2 ringgit atau PAS sokong UMNO demi perpaduan ummah dan bukan sebab dedak. Memang kuasa lantik TPM pada pada PM, tapi makes sense ker Tun nak lantik Azmin jadi TPM padahal Anwar adalah Presiden PKR? Lantikan politik dalam kerajaan biasanya ikut hierarchy. Lepas tu lets play along with this fairy tale, kalau Azmin jadi TPM, siapa yang nak sokong dia jadi PM? DAP dan separuh PKR dan Amanah mmg akan tolak tak setuju. Lagi siapa? Kalaulah miraculously, Azmin boleh jadi PM, ingat dia boleh menang PRU15 nanti dengan sentiment public terhadap dia teruk macam ini?

Dalam konsesus Majlis PH, DSAI memang memang sudah 2nd in line. Tu bila tengok riak muka dia pun tak ada stress, I don’t even know how he managed to be cool all time. Mungkin penjara 2 kali boleh merubah seseorang. Yang bising-bising ni banyaknya dari orang bawahan, tak kira lah penyokong Tun atau pun penyokong Anwar. Sebab tu Tun kata internal conflict ini sendiri akan merugikan PH sebab akan hakis kepercayaan rakyat pada PH. Akhir kata, kita kena percaya pada qada dan qadar. Kalau lah Allah takdir kan sesuatu itu bukan milik kita, kita boleh cuba gadai satu dunia dah isinya tetap tak akan dapat. Dan kalau sesuatu itu milik kita, banyak mana rintangan pun yang kita hadapi lambat laun tetap akan dapat. Wallahualam.

FB : Mohd Mukhlis Mohd Sharif